Berapa asli resepi nenek tu?
Rabu, 6 April 2022, 9:45 pm

Bebola daging ni saya dapati rasanya semua sama kuat – rasa isi daging, rasa lemak daging, rasa lada & rasa tepung. Cuma rasa masin saja kurang, kira ok la tu. Tapi tak dapat celen rasa bebola daging dalam bakso kat Serikin, tekstur & perisa betul² rasa daging.

Nasi lemak ni sedap, ketul ayam sederhana besar, sambal pun banyak, timun sehiris, cuma perut saya ni tak tahan barangkali dengan sambal yang banyak biji cili. Sekali #makan untuk berbuka #puasa & sahur, lalu sakit² demam, sakit kepala & sengal² badan. Ingat tiap hari nak singgah bazaar untuk beli makanan, tapi sekali dah sakit sebab makanan kat bazaar, lalu hilang niat nak singgah lagi. Lepas ni masak sendiri saja yang simple² .
8 April 2022