Cuba set bun Massimo pulak untuk sarapan
Selasa, 5 Julai 2022, 9:55 pm345
Cuba set bun Massimo pulak untuk sarapan.
Biasanya saya beli bun Quick Bites oleh Gardenia ⁽¹⁾. Terjumpa bun Massimo pelbagai perisa waktu ke Mydin minggu lalu. Mesti cuba #makan .
Kelainan bun Massimo ialah intinya dibubuh di antara potongan sepanjang bun, berbanding Gardenia yang diisi di tengah² bun. Saiz bun Massimo juga agak kecil daripada Gardenia, walaupun harganya sama, RM1 saja.
Bun Quick Bites sebenarnya bukan semuanya harga RM1. Yang perisa special sikit macam Black Forest & Karamel Masin mahal sikit dalam RM1.50.