Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Sampai melayang! + keputusan perlawanan ke-15 Liga Super 2022

298732448_723673708799544_8310757051965478977_n.jpg

Khamis, 11 Ogos 2022, 8:40 pm0

Sabah vs Sarawak Utd

Borneo derby, dengan Sabah berada di tangga lebih tinggi & memiliki pemain hebat & jurulatih berkaliber, dah tahu siapa akan menang. Tapi Sarawak Utd memberi saingan yang sengit, separuh masa pertama masih tiada gol.

Separuh masa ke-2, Amri Yahyah masuk menukar rentak permainan, buat 2 percubaan tepat dalam 5 minit. Hanya pada minit ke-63, Sabah dapat gol selepas bola hantaran Saddil Ramdani ditanduk Baddrol Bakhtiar ke arah kiri gol bertentangan dengan arah gerakan asal bola, menewaskan Tauffiq Ar Rashid.

N Sembilan vs Penang

Gol ke-2 N Sembilan oleh Matheus Alves nampak menarik ⁽¹⁾. Half volley kemudian pantul ke tanah menuju palang, tak dapat dihalang langsung oleh keeper Penang.

Terengganu vs JDT

Preview perlawanan akhir Piala FA hujung bulan ini. Bergson & Forestieri masing² kutip satu gol peribadi.

Petrus Shitembi dikeluarkan awal pada minit ke-17, digantikan dengan Abdullah Hakimi. Dia menjaringkan gol saguhati Terengganu menerusi sepakan percuma yang sungguh berkualiti ⁽²⁾.

Minit ke-75 Hong Wan yang dah dapat kad kuning, membuat terjahan keras ke atas Syafik Ismail sampai melambung tinggi, namun hanya diberi amaran saja daripada pengadil ⁽³⁾. Dapat layanan istimewa ke apa ni 😤?

Keputusan

9/8
Sabah 1 – 0 Sarawak Utd

PJ City 0 – 3 Sri Pahang
N Sembilan 3 – 2 Penang

10/8
Terengganu 1 – 2 JDT

Kedudukan
PasukanPMSKGBDMata
JDT1412203973238
Sabah15111325131234
N Sembilan158522213929
KL City145361925-618
Sri Pahang ↑4145272020017
Terengganu ↓1135261515017
Kedah ↓1135261824-617
Selangor ↓1134452623316
Melaka Utd134451817116
Sarawak Utd1541101536-2113
PJ City142661525-1012
Penang1514101731-147

⁽¹⁾ https://youtu.be/d9cjF_VEiqM?t=7431
⁽²⁾ https://youtu.be/Pvgev2o1ebg?t=6215
⁽³⁾ https://www.vocketfc.com/subkhiddin-berikan-pendapat-mengenai-insiden-hong-wan-parap-syafik-ismail/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/723673735466208/

Tulis komen: