Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Strap OEM Fitbit ni pula tahan setahun

309039670_773280357172212_3387684499071957944_n.jpg

Selasa, 18 Oktober 2022, 1:45 pm0

Genap setahun lalu saya ada tukar strap Fitbit Charge 4 ini ⁽¹⁾, dan digantikan dengan strap jenis berlubang² (breathable). Baru sekarang ia dah rosak nak putus.

Corak penggunaan saya sebelum ni, pakai sepanjang masa, termasuk semasa tidur, sebab nak kumpul data tidur. Tapi sekarang hanya pakai waktu ke ofis atau keluar dari rumah.

Dah tak pakai sepanjang masa sehingga kerap basah kena air. Mungkin itu yang buatkan strap kali ini tahan lebih lama sampai setahun.

Nasib baik tahun lalu beli terus 2 set, tahun ni tak perlu beli yang baru lagi 🤓.

Bagi yang nak strap baru untuk Fitbit Charge 4, ataupun Charge 3 / SE masing², boleh beli strap ini kat sini:

👉 https://invle.co/clemj4j

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/10/6-bulan-saja-tahan-strap-ori-fitbit-charge-4/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/773280390505542/

Tulis komen: