Hari menyervis kereta

Jumaat, 11 November 2022, 6:45 pm140

314906002_791518895348358_6474965063712219154_n.jpg
2015 VW Polo Sedan 1.6 MPI.

Kereta ni baru 4 bulan saya nge-loan 💳. Antara sebab saya pilih ini ialah:

  • Harga – lebih kurang harga Axia baru, tapi boleh dapat kereta continental terpakai.
  • Pengalaman pemanduan (driving experience) – kelebihan kereta dari Jerman adalah pada rasa memandu yang stabil pada selekoh & selesa untuk perjalanan jauh.
  • Pengalaman pemilikan (ownership experience).

Sebelum berjinak² dengan jenama premium seperti Audi, BMW & Mercedes, baik dimulakan dengan kereta marhaen orang Jerman. Taklah terkejut dengan tanggapan kereta premium ni ‘tak boleh rosak’.

Mahal² pun boleh rosak, bagus beli …

🥱

Kena dibiasakan dengan sela masa penyelenggaraan (maintenance interval) & harga alat ganti (spare part) yang berbeza dengan kereta nasional atau dari Jepun.

Kereta Jerman dah disesuaikan dengan iklim 4 musim di sana (suhu rendah sepanjang tahun kecuali musim panas), tak sama cara penyelenggaraannya dengan iklim khatulistiwa di Malaysia (panas & lembap sepanjang tahun). Minyak enjin, gearbox, seal & bushing getah akan lebih cepat rosak, kena kerap ditukar.

Harga spare part pun lebih mahal sebab kurang pengeluar tempatan (local part supplier) dan kena import jauh dari Eropah. Berbanding kereta nasional atau Jepun yang banyak pengeluar tempatan & lebih dekat untuk di-import dari Jepun.

Selain itu perbezaan kadar matawang juga mempengaruhi harga spare part dari Eropah.

Tukar minyak enjin

Perbatuan (mileage) kereta ni waktu keluar dari kedai kereta di tepi Mydin Bukit Mertajam ialah 101,400 km. Dah ulang alik sampai JB ⁽¹⁾, sekarang 106,700 km, lebih 5,000 km, dah boleh hantar bengkel, servis pertama lepas beli.

Saya dapat tahu yang kereta VW yang baru, belum tamat warranty, guna minyak enjin 5W-30, fully synthetic (Castrol Edge). Kereta yang dah lebih 5 tahun digalakkan guna 10W-40, semi synthetic (Castrol Magnatec). Sebab minyak yang lebih rendah kelikatan (viscosity) akan lebih mudah ‘mengering’. Harga minyak semi-synth ini juga separuh daripada minyak fully-synth yang digunakan di pusat servis rasmi VW.

Selain daripada itu, saya juga tukar oil filter, engine air filter & cabin air filter. Cabin air filter yang sebelum ini telah salah pasang sehingga sedikit terlipat, jadinya udara air cond tak kena tapis. Patut la bila lama pasang air cond ada keluar bau stong dari karpet kereta 😂.

Tukar ignition coil & spark plug

Pada September lalu, satu daripada ignition coil telah rosak, menyebabkan enjin bergegar & tersengguk² (jerking) bila bergerak. Satu silinder enjin tak berfungsi, jadi enjin X50 sekejap, 3 silinder 😅.

Mekanik nasihatkan untuk tukar kesemua ignition coil sekali gus sebab ikut pengalaman dia, part ini akan rosak satu persatu setiap bulan.

Tak banyak bengkel di sini yang simpan stok ignition coil VW, jadi harganya tinggi. Saya hanya tukar satu saja dulu, sebelum beli 3 lagi ignition coil ⁽²⁾ serta 4 spark plug ⁽³⁾ dari kedai di KL menerusi Lazada. Lalu minta mekanik untuk pasang sekali semasa servis.

314580098_791518945348353_4308499775751898563_n.jpg
2005 Iswara LMST.

Antara lain sebab saya nge-loan ialah nak ada kereta guna gear auto, mudah sikit nak jalan kalau kaki sakit ⁽⁴⁾. Iswara ni gear manual, dah semakin jarang saya pandu, sampai berkulat ⁽⁵⁾ di dalamnya 😷.

Disebabkan ada masalah overheat, saya cuba check air radiator, nampak ok masih penuh, cuma ada berkarat. Mungkin ada bahagian hos atau termostat yang tersumbat.

Tapi bila nak start enjin, tiba² sistem alarm dia trigger, tapi tak ada bunyi sebab hon alarm dah diputuskan. Kedua² lampu emergency & lampu alarm kat dashboard berkelip, lalu tak dapat nak start enjin.

Check dekat group FB, ada yang suruh reset alarm guna remote, tapi remote dah habis bateri. Tak pasti kalau remote tu masih ok, sebab tak pernah pakai sejak beli awal tahun ni. Buka pintu hanya guna kunci.

Sekarang bila tutup & kunci kereta dari luar, lampu emergency berhenti berkelip, tapi lampu alarm tu masih lagi. Belum lagi ada idea macam mana nak buat, mungkin kena panggil pomen pergi check. Nampaknya lama lagilah nak sambung restore ni 😓.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/09/sesat-di-jb-evoclub-southern-siege-drive-hari-ke-2/
⁽²⁾ https://invol.co/clezrsf
⁽³⁾ https://invol.co/clezru0
⁽⁴⁾ https://azwan082.my/2022/02/4-hari-tak-dapat-berjalan/
⁽⁵⁾ https://azwan082.my/2022/10/sampai-bertompok-kulat-/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/791519008681680/

Tulis komen: