Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

US ada petrodollar, kita buat hidroringgit pulak

317087066_801594211007493_2346709491838407881_n.jpg

Sabtu, 26 November 2022, 10:40 am0

Era kenderaan enjin petrol semakin berakhir, kenderaan elektrik semakin banyak dikeluarkan dalam pelbagai jenis. Ada jenis guna bateri saja, ada guna enjin pembakaran dalaman (internal combustion engine, ICE) hidrogen, ada guna hibrid – gabungan hidrogen dengan bateri, ataupun enjin petrol dengan bateri.

Bagi saya, jenis kenderaan elektrik yang paling praktikal setakat ini ialah jenis hibrid hidrogen dengan bateri (hidrogen fuel cell). Ia berbeza dengan ICE hidrogen yang membakar hidrogen dalam silinder enjin untuk menghasilkan tenaga kinetik bagi menggerakkan kenderaan.

Enjin hibrid hidrogen fuel cell menggunakan hidrogen untuk menjana tenaga elektrik untuk mengecas bateri. Tenaga elektrik yang tersimpan dalam bateri itulah yang menggerakkan motor & kenderaan terbabit.

Enjin ICE hidrogen pula kena bawa tangki hidrogen yang besar supaya dapat jalan jauh, berdasarkan penerangan di Engineering Explained ⁽¹⁾.

Cara kerja (workflow) menggunakan ini tak jauh daripada kereta petrol sekarang. Kalau dah nak kong, generator hidrogen akan nyala sendiri untuk mengecas bateri. Kalau tangki hidrogen dah nak habis, pergi ke stesen ̶m̶i̶n̶y̶a̶k̶ hidrogen terdekat untuk isi tangki.

Tak perlu pasang pengecas kat rumah, jadi sesuai untuk mereka yang tinggal di apartment atau kondominium. Tak perlu juga bawa generator petrol untuk mengecas bateri kenderaan elektrik ⁽²⁾. Jenis plug-in hibrid boleh cas bateri guna charger, di samping generator hidrogen tadi.

Hidrogen ini cuma perlu dihantar ke stesen² isian semula (vehicle refill/recharge station). Lebih kurang macam lori tangki yang menghantar petrol atau diesel ke stesen² minyak.

Sekarang, hidrogen dah jadi ‘emas hitam’ era kereta elektrik. Siapa yang jadi pengeluar hidrogen, akan menguasai pasaran tenaga, seperti negara teluk yang menjadi pengeluar petroleum (OPEC).

US berniaga petroleum dengan negara pengeluar petroleum di Timur Tengah menggunakan matawang dollar Amerika. Dengan itu meningkatkan permintaan matawang tersebut, seterusnya mengukuhkan nilainya. Negara² lain yang nak beli petroleum daripada OPEC kena simpan dollar Amerika.

Dalam tahun 2020, Sarawak Energy () & ada sign joint venture untuk jadi pengeluar hidrogen hijau di rantau Asia ⁽³⁾. Oleh itu, kalau kita nak kukuhkan matawang ringgit, mungkin kita kena berniaga hidrogen dalam ringgit juga.

Negara Eropah seperti Jerman ⁽⁴⁾ sekarang memberi komitmen untuk menggunakan hidrogen hijau bagi menggantikan bahan api fosil, jadi ini adalah peluang bagi Malaysia untuk mencari pasaran besar untuk hidrogen ini.

Pembetulan: hidrogen fuel cell menjana tenaga elektrik terus ke motor kenderaan, dan tidak disimpan dalam bateri ⁽⁵⁾. Tapi kalau ada model yang simpan lebihan cas ke bateri sebagai buffer, pun bagus jugak, boleh jadi sumber elektrik offgrid.

⁽¹⁾ https://www.youtube.com/watch?v=vJjKwSF9gT8
⁽²⁾ https://www.reddit.com/r/electricvehicles/comments/jk8zo5/tesla_charging_with_gasoline_generator_spotted_in/
⁽³⁾ https://www.thestar.com.my/business/business-news/2020/11/16/seb-ties-up-with-petronas
⁽⁴⁾ https://www.dw.com/en/germany-bets-on-global-green-hydrogen-economy/a-63757016
⁽⁵⁾ https://www.businessinsider.com/hydrogen-fuel-cell-cars-teslas-biggest-threat-2019-12

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/801594264340821/

Tulis komen: