Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Team bola kita ke semi

321738648_714134050067795_1331718753977185996_n.jpg

Rabu, 4 Januari 2023, 8:40 pm0

Gol ke-1, Safawi bijak membaca hantaran & mencuri bola. Biasanya diperkatakan kaki kiri Safawi yang berbisa, kali ni kaki kanannya yang membuat satu hantaran silang rendah & tepat untuk ditanduk Darren Lok ke penjuru atas gol.

Gol ke-2, rembatan Stuart Wilkin terbias sedikit pada kaki pertahanan Singapura, menyebabkan keeper gagal untuk menepis bola.

Gol ke-3, yang ini menarik. Stuart Wilkin mula² memintas bola & terus beri kepada Safawi di kawasan penalti. Kemudian Safawi hantar ke tengah kembali kepada Wilkin yang membuat pusingan badan & menghasilkan ruang untuknya merembat kuat, sampai pecah suara pengulas menjerit 😆.

Gol ke-4, kredit kepada Hakimi yang mengawal bola & bawa ke atas. Kemudian diberi kepada Lee Tuck & akhirnya Sergio Aguero yang membuat sepakan first touch ke ruang tepi gol yang tak dapat dikawal keeper Singapura lagi.

3/1
Malaysia 4 – 1 Singapura (https://youtu.be/vXuWg8jrdWc)

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/831759457990968/

Tulis komen: