Hasil jalan² cari makan cuti tahun baru

Isnin, 2 Januari 2023, 8:55 pm53

323684104_568382141386268_5367036104733269311_n.jpg
Mi udang di medan selera Pantai Murni, Yan,

Saya dah pernah rasa mi udang begini di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda. Secara ringkasnya menu ini, mi dengan sup pedas. Bubuh 4 ekor udang, sebiji telur celur & sayur². Harga RM16.50 dengan teh O ais.

Kalau perut tak tahan pedas, jangan hirup sup mi ni, pedas dia sampai buat terbatuk².

323680330_684550603411612_4800520709911597889_n.jpg
Jeti di Pantai Murni.

Pantai di sini jenis berlumpur & berbatu. Ada dibuat waterfront, tempat laluan berjalan & duduk² santai. Saya datang dalam pukul 4 petang, matahari masih terik, tak ramai yang lepak ambil angin. Ramai yang duduk di medan selera, minum coconut shake.

323979467_502782325058374_634394996590249150_n.jpg
yang menemani semasa .

Yang kat kiri tu tak ngam dengan yang kanan. Nampak jak friendly, buat² comel, tapi hampir dibahamnya si puteh tu 😼.

323627717_698303341846138_6609109405226719255_n.jpg
Seni jalanan 😅.

Ni tak tau siapa punya kerja. Van pekerja & MPV eksiden, tersadai kat tempat parking berdekatan medan selera sini, dihias menggunakan cat & spray, dengan elemen abstrak dan alami 🎨.

323784201_6131421823543606_374075840564943437_n.jpg
Mungkin ada pasar malam kat sini, petang tadi semua dah bungkus balik.

Update 30/7/2023: dah ada bayaran masuk, RM3.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/830403364793244/

Tulis komen: