Earl grey daripada teh ceylon lagi nyaman
Khamis, 16 Februari 2023, 9:40 pm
Saya ada #minum #teh susu menggunakan earl grey di kedai Gongcha sebelum pergi jalan² utara-selatan ⁽¹⁾. Lepas tu nak cuba buat sendiri menggunakan teh earl grey yang ada dijual di pasar, tapi kurang menjadi.

Sama seperti brand Impra Tea ⁽²⁾, dihasilkan menggunakan teh ceylon dari Sri Lanka. Teh ini bila baru buka dari kotak, ada macam baru serai sikit. Lepas di-brew, keluar bau wanginya.

Bila dibuat jadi teh susu, rasanya lebih kelat berbanding teh ceylon. Walaupun teh ceylon juga sejenis teh hitam, tapi ia kurang kelat & lebih aroma wanginya.
Untuk komponen susu pula, saya ada cuba guna krimer manis & susu EveryDay. Krimer manis walaupun nama krimer, tapi rasanya kurang berkrim .
Susu EveryDay juga yang sedap bila campur dengan teh earl grey ni. Nak lagi sedap tambah lebih gula supaya lebih manis, tapi terlebih gula ni boleh jadi penyakit .
⁽¹⁾ https://azwan082.my/tag/plus
⁽²⁾ https://azwan082.my/2022/12/teh-wangi-orang-briish-earl-grey/
Unboxing set combo kopi tenggek dari Tanjung Piai
18 Februari 2023
Rupa penapis air lepas setahun
14 Februari 2023