Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Eh, dapat pulak kereta ni jalan 🤨

CAAFA88F-35D3-49E1-8DB4-CC57D301A0F8-scaled.jpeg

Sabtu, 3 Jun 2023, 6:35 pm0

2 minggu lalu lepas tukar bateri, gear tak nak masuk. Ada fungsi self-repair kah ni? 😅

Minggu lalu plan nak panggil towing untuk hantar kereta ke bengkel, jadi awal² dah ready, cuci dalam kereta dengan Clorox & Dettol, untuk buang semua kesan kulat & kulapuk (mold). Lepas cuci dalaman kereta, saya cuba start enjin sekejap. Ok, tak ada masalah.

Awal minggu ni, dah call towing, mereka kata tak dapat bawa lori towing ke dalam tempat letak kereta bertingkat. Kena tolak kereta keluar. Payah kerja ni 😰.

Kelmarin, buat persediaan terakhir, lap² luaran kereta yang dah berdebu tebal & check tayar & brek, takut² handbrake melekat, ada spray WD-40 sikit kat drum brake.

Start enjin sekejap, cuba masuk gear, eh, boleh pulak masuk, macam tak ada problem sebelum ni. Gohed gostan ok semua, cuma tayar saja kurang angin.

Semalam ingat, kalau lori towing datang, hantar saja ke bengkel naik lori, sebab takut kalau drive jauh, nanti overheat lagi. Kereta dah drive sampai ke luar tempat parking, letak tepi jalan. Janji datang pagi, tapi tunggu sampai tengahari, tak ada orang towing call.

Alang² kereta dah dapat jalan, drive saja ke Petronas yang menuruni bukit. Lepas isi petrol sikit, pergi ke satu bengkel berdekatan, tanya pomen untuk check problem kipas radiator tak pusing.

Bila dia check, tekan throttle body untuk naikkan rev enjin & panaskan enjin, tengok boleh pulak kipas tu berpusing 😐.

Test lagi rev berkali², sama jugak, kipas boleh pusing. Dia kata, mungkin tangki radiator kotor atau tersumbat, sebab tengok banyak karat dalam expansion tank.

Bila dah confirm kipas ok, baru rasa confident sikit untuk drive jauh. Terus bawa ke bengkel yang saya biasa pergi di Bayan Baru ni. Tak nak kereta ni berfungsi ikut mood, saya minta mekanik servis semua:

  • Flush radiator & tukar coolant baru
  • Servis gearbox & tukar minyak gear baru
  • Tukar minyak enjin & oil filter, last servis bulan 4 tahun lalu ⁽¹⁾.

Ini senarai ongkosnya:

  • Minyak enjin 15W-40 = RM103
  • Oil filter = RM15
  • Coolant merah = RM55
  • Minyak gear 80W-90 = RM103
  • Radiator cap = RM20 (cap lama getahnya dah hancur)

Segala bendalir mekanikal sudah siap servis, tinggal air cond saja untuk di-repair, blower air cond pun ikut mood bila dia nak berpusing. Dengan itu bermulalah projek me-restore dalaman ni.

Fasa pertama ialah membersihkan kerusi & carpet dalam kereta secara , bagi membuang semua bau²an asap yang melekat. Isnin nanti cuti birthday agong, jadi ada banyak masa untuk cuci habis dalam kereta.

🛠

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/04/empat-tolak-satu-jadinya/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/921521632348083/

Tulis komen: