Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Ini teori kenapa enjin DasAuto boleh berhenti tiba²

Isnin, 17 Julai 2023, 10:25 pm0

Teori saia sendiri buat. Nak dibuat pedoman, boleh, tapi kalau nak dijadikan rujukan, tanggung sendiri 😅.

B5CBB7BF-E080-4DC4-B669-D9D7AE52982A-scaled.jpeg
Jumaat lalu ambil balik dari bengkel, semalam hantar cuci & vacuum.

Sebelum ini saya ada tulis ⁽¹⁾ pasal enjin ini yang boleh mati tiba² semasa memandu, sebab keluar code P0016, irregular crankshaft position sensor. Pada awalnya, lepas tukar crankshaft sensor, saya fikir mungkin timing chain dah longgar.

Lepas hantar ke Eurowagen, bos kat sana tolong check, katanya timing chain masih ok, tak ada longgar. Cuma banyak problem leaking – kat flywheel seal, sekeliling oil sump & dekat drive shaft.

Jadi teori saya ialah, mungkin disebabkan leaking ini, gigi gear dekat bahagian flywheel seal dikotori oleh minyak enjin sehingga crankshaft sensor tak dapat detect position dengan betul, lalu memotong signal elektrik ke spark plug atau fuel injector. Tu yang buat enjin mati.

Part yang kena tukar ialah flywheel oil seal, yang terletak di sebelah gearbox, jadi kenalah buka gearbox. Kemudian, untuk buka & pasang seal ini, kena guna special tool ⁽²⁾. Workshop Eurowagen ini specialize dalam kereta continental, jadi mereka ada special tool ini.

Alang² dah banyak kerja nak kena buka timing cover (untuk check timing chain), pastu buka turun gearbox, baik tukar semua gasket & sealant yang berkaitan, untuk selesaikan semua masalah kebocoran.

Berikut adalah senarai kos parts yang ditukar:

  • Timing cover gasket – RM150
  • Timing cover O-ring – RM30 x 2
  • Crankshaft seal – RM150
  • Top cover O-ring – RM25 x 4
  • Flywheel oil seal – RM340
  • High-temp sealant – RM120
  • Driveshaft cover (inner RH) – RM160

Kos upah pula, untuk pasang engine oil leak full set & buka gearbox kira² 400 lebih setiap satu. Untuk pasang flywheel oil seal dah kira sekali dengan kos buka gearbox. Kos tukar driveshaft cover dapat diskaun separuh harga, jadi RM45. Ditambah dengan kos petrol untuk test drive bawa kereta jalan² untuk check masih ada lagi tak problem enjin, semua sekali jadi RM2115. Flywheel oil seal tu saya pilih yang OEM, kalau original dari VW harga 600 lebih.

Lepas ambil dari bengkel di Simpang Ampat, melintas Jambatan Pulau Pinang balik ke apartment, semuanya ok. Tapi saya macam masih lagi ada rasa trauma nak tekan minyak lebih, sebab waktu tu lah selalunya enjin tiba² semput sebelum ini. Bawa relax² udah.

Semalam, lepas hantar car wash, pastu siap ke dobi & pasar, saya cuba bawa pula dari Bayan Baru, hingga Lotus’s Tanjung Pinang, mengharung pelbagai keadaan trafik, dari jalan yang clear dapat memecut, hingga ke jalan jem mengengsot. Pastu jalan balik ke apartment sambil menaiki bukit, semuanya dah ok, tak ada lagi problem enjin tu.

Cuma sekarang masih tak pasti berapa lama flywheel seal OEM ini akan tahan daripada kebocoran baru. Harapnya lebih kurang seperti yang original, boleh sampai sehingga 100,000 km yang seterusnya.

Antara parts lain yang ditukar adalah 4 biji ignition coil, tapi mungkin bos Eurowagen tu lupa yang saya ada bagitau ignition coil baru tukar semua dalam bulan November tahun lalu. Buat masa sekarang, kereta masih lagi pakai ignition coil baru yang mereka pasang & saya simpan ignition coil yang asal. Sekarang test pakai dalam sebulan untuk check lagi kalau² problem datang balik. Kalau semua ok lepas sebulan, mungkin akan trade-in ignition coil asal tu.

Settle pun satu lagi masalah yang memeningkan kepala. Sekarang dua² Polo dan Iswara LMST dah dapat berjalan, mungkin akan selalu pakai Iswara untuk pergi kerja sebab nampak lebih jimat minyak. Polo lebih selesa jalan jauh.

Lepas hal kereta, tiba² muncul pula hal pasal rumah. Kalau hal tu saya dapat settle sendiri, boleh lah usahakan sesuatu. Tapi yang ini disebabkan owner rumah yang agak liat nak bayar maintenance apartment, sampai access card untuk ke tempat parking kena block. Bila ditanya, katanya dah bayar, tapi lepas check dengan pihak management apartment, barulah nak pergi bayar semua. Walaupun dapat saja minta tolong guard yang jaga pagar masuk untuk bukakan gate, tapi ini semua masalah tak perlu, yang mengganggu rutin harian.

Mungkin dah tiba masanya untuk beli rumah sendiri 🤔.

F1952244-12FE-4683-913B-22EDFC28A051-scaled.jpeg
Kalau berumah sendiri, dapatlah menginang .

Kriteria apartment yang saya cari mestilah ada multilevel parking dengan access card seperti apartment sekarang, selain daripada harga yang marhaen & dekat dengan tempat kerja.

Sekurang²nya kalau terlupa bayar maintenance, saya sendiri yang tanggung, tak perlu tunggu orang lain. Dan bebas untuk DIY sendiri barang rumah, tak perlu kebenaran owner ataupun bimbang owner spotcheck. Sebab saia owner 😎.

💸

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2023/06/dasauto-masuk-wad-bas-feri-rapid/
⁽²⁾ https://youtu.be/Lo6wpKdBoUE

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/947078473125732/

Tulis komen: