Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Cara masak nasi dalam mess tin

Jumaat, 6 Oktober 2023, 2:55 pm0

Jarang dah masak nasi guna rice cooker. Kalau masak nasi banyak, yang lebih simpan, bila panaskan balik, rasa & tekstur nasi tak sama seperti yang baru masak.

Mess tin yang saya guna ni maksimum sukatan dalam 900ml.

9C53D76C-13E1-4D1A-94B1-DBFC01D673DE.jpeg
Letak lebih kurang ¾ kong (cawan beras), lepas tu bilas 2 kali.
891DD257-F36E-43A1-A6E5-582BDC40D251.jpeg
Isi air pun lebih kurang ¾ penuh mess tin.
F74E76BC-016C-4E6F-8E95-C870CE449C0F.jpeg
Tanak guna api kecil selama 20 minit.

Saya letak batu asah sebagai pemberat untuk tutup mess tin. Semasa nasi dimasak, air mendidih akan melimpah keluar, jadi sebaiknya masak dekat sinki, senang nak cuci.

DCA9F590-74AB-4FB9-A659-36BDE8601C27.jpeg
Lepas 20 minit, tutup api, nasi pun siap!

Boleh biarkan bertutup lebih kurang 5 minit untuk sejukkan sikit nasi, kalau biar buka penutup nasi akan jadi lebih kering, sesuai kalau terlebih air atau suka nasi yang tidak lembut.

Tips ini berguna untuk masak nasi semasa pergi piknik atau .

Dah lapar, ! 🍛

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/991062172060695/

Tulis komen: