Cerita pelbagai sambil share gambar kucing 🐈

Selasa, 10 Oktober 2023, 9:35 pm0

7FA4A161-3375-4944-BD8E-69102BA0138A.jpeg
Apakah? Alpakah? Ini bukan , ini sepupu ‘aunta 😅.
B6D0D22C-F316-4791-B3B2-EF04B0408E18.jpeg
Rutin setiap hari pergi kerja balik kerja.

Gilir² pakai , 3 hari naik Iswara, 2 hari drive Polo. Minggu lalu belt aircond compressor Iswara longgar lagi, lalu berbunyi bising bila on aircond. Kalau off aircond, nanti kipas radiator tak on (wiring dah kena ubah owner sebelum ni), boleh jadi overheat. Isnin lalu baru hantar bengkel repair untuk ketatkan balik belt, nasib baik tak ada caj.

4686E35E-5A18-4EAF-A911-17F3F0209A56.jpeg
Rutin hujung minggu, ke jumpa si itam semua & pergi .

Lebih 2 minggu lalu, waktu saya balik dari TF Value Mart kat Balik Pulau, menggunakan jalan Teluk Kumbar menuju Bayan Lepas, terlihat beberapa buah ambulan & jentera bomba tengah emergency menuju arah bertentangan. Rupa²nya ada berita sebuah van terjunam ke dalam gaung kat Jalan Bukit Genting, kawasan ada resort ⁽¹⁾.

782A4FFD-AAD9-4395-BB1F-0076CB332E4C.jpeg
Berita dunia, empire strike back.

Tiga hari lalu pejuang Hamas melancarkan serangan balas terbesar ⁽²⁾ terhadap Israel yang dah berpuluh² tahun merampas tanah Palestin. Seperti biasa media pro Zionis menjaja cerita minta simpati konon diri kena buli, tapi menutup berita pihak berkuasa & pendatang haram Yahudi yang membunuh rakyat Palestin hampir setiap hari.

Tulisan terkini ARW ada menerangkan peristiwa ini dari sudut geopolitik semasa ⁽³⁾. Bagi saya, yang lebih membimbangkan adalah tindak balas Israel yang lebih lengkap persenjataan mereka, yang mana setakat hari ni dalam berita dah menyebut lebih 600 rakyat Palestin maut ⁽⁴⁾.

☮

⁽¹⁾ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/09/1156801/seorang-maut-van-bawa-10-pelancong-singapura-terjunam-di-balik-pulau
⁽²⁾ https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2023/10/1161865/hamas-lancar-serangan-balas-terbesar-bedil-5000-roket-ke-atas-israel
⁽³⁾ https://web.facebook.com/thepatriotsstudio/posts/pfbid02vRXNhBCSuavUrV1nsHcbnTeTZu9fh5QRztif7YGLaRisAS6KBxPGBGbH7mGbK1Tbl
⁽⁴⁾ https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2023/10/1163237/1500-mayat-pejuang-hamas-ditemui-di-israel-tentera-israel

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/993547375145508/

Tulis komen: