Main berteka-teki dalam rancangan Sixth Sense

201258514_325840175652465_4722569917774250197_n.jpg

Ahad, 20 Jun 2021, 4:30 pm374

Format rancangan ini ialah ahli² bersama seorang tetamu, diberi satu tema berkenaan tempat, dan mereka kena teka sama ada tempat tersebut betul² wujud atau tidak.

Mereka akan melawat tempat tersebut, memeriksa kesemua bukti fizikal & juga menemuramah tuan punya tempat tersebut. Contohnya kalau mereka pergi ke kedai makan, mereka akan menyoalsiasat tauke kedai 👮‍♂️.

Ahli tetap Sixth Sense ada 5 orang, dengan hanya Yoo Jaesuk seorang lelaki. Yang lainnya, Jessi, Jeon Somin & Lee Mijoo, kesemuanya jenis cakap tak tapis, hanya Oh Nara yang agak konservatif, tapi bila dah masa untuk berbincang & memilih tempat yang palsu, memang naik pening sakit kepala Jaesuk & seorang lagi tetamu laki 🤯.

Disebabkan lebih ramai wanita, kadang² topik perbincangan menjadi agak eksplisit, tak sesuai untuk laki masuk borak bersama. Macam dalam episod satu Jessi dah bercerita pasal saiz bra, lepas tu ada pulak bercerita pasal proses membekukan ovum, hujung² pergi main pulas² puting 🥴.

Rancangan ni seronok kalau ikut sekali meneka sama ada tempat yang mereka lawati itu betul² wujud ataupun hanya bulak saja, dibina oleh pihak produksi rancangan. Tapi bila dilihatkan kepada skala kerja & kos yang terlibat untuk mengubah satu tempat menjadi nampak seperti betul, memang rasa tak percaya yang tempat tersebut adalah palsu.

Setiap kali keputusan diumumkan di hujung rancangan, setiap kali tu jugaklah dapat rasa meremang bulu roma, sebab kalau salah teka, memang langsung tak jangka tempat tu pihak penerbit yang bina sendiri. Daripada 8 episod yang disiarkan untuk musim pertama, hanya satu episod saja yang saya dapat teka dengan betul 😅.

Untuk musim ke-2, Lee Sangyeob akan jadi ahli tetap, kat Korea akan mula ditayangkan minggu depan. Untuk musim pertama ini boleh ditonton di https://www.viu.com/ott/my/ms/all/video-korean-reality-tv_shows-six_sense_episode_1-1165784447?containerId=playlist-26269847

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/325840225652460/

Pingback: Lepas injek lalu dapat makan pokok 🥦

Tulis komen: