Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Mi ‘suntong’ kimchi 🦑

Jumaat, 3 November 2023, 11:55 am0

Seminggu dua ni petang² selalu hujan, hari malam jadi sejuk, syok untuk mi bersup panas².

3357A365-AA5C-4EA4-8FB3-738B71FC98B1.jpeg
Kimchi banyak ni dah kira agak banyak bagi saya.

Lepas makan, rasa macam tekanan darah meningkat, susah nak tidur dan sering pendek nafas, sebab tu saja dah mengandungi natrium (sodium) tinggi, hasil daripada proses penjerukan, ditambah lagi dengan serbuk perasa daripada mi.

Sebaiknya kalau makan tinggi natrium, kena makan pisang sekali. Unsur kalium (potassium) dalam pisang dapat membantu menyingkirkan lebihan natrium dari dalam darah menerusi air kencing. Oleh itu kena banyak minum air kosong jugak.

710D48B3-DF61-4344-9009-3E1DE6E0186E.jpeg
Ini brand kimchi yang saya cuba, daripada CJ Foods, ditanggung halal.

Saya jumpa ia dijual di Mydin Bukit Mertajam. Lain kali beli nak cuba resipi kimchi pancake pulak 👨‍🍳.

01FE155E-2E10-4306-88B6-172B530C68B3.jpeg
Nak cuba sikit saja sotong ni, bertukar selera kepada sekejap.

Memang padan makan kimchi dengan sotong. Dengan rasa masam² kimchi tu macam makan seafood cicah dengan air asam.

A69B801D-C437-472F-8D2E-7F09F4D14E91.jpeg
Ini pula menu kelmarin untuk habiskan sotong ring.

Mi lontong Mamee, cuma letak serbuk perasa saja sedikit, rebus dengan sayur kailan, bawang putih & sotong. Hasil daripada ringkas ini, supnya ada rasa pahit² 🥴.

Agaknya pahit tu datang dari pangkal daun sayur kailan tu. Boleh la ada gaya macam makan sup ginseng 😅.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1006667410500171/

Tulis komen: