Mi ‘suntong’ kimchi
Jumaat, 3 November 2023, 11:55 am0
Seminggu dua ni petang² selalu hujan, hari malam jadi sejuk, syok untuk #makan mi bersup panas².
Lepas makan, rasa macam tekanan darah meningkat, susah nak tidur dan sering pendek nafas, sebab #kimchi tu saja dah mengandungi natrium (sodium) tinggi, hasil daripada proses penjerukan, ditambah lagi dengan serbuk perasa daripada mi.
Sebaiknya kalau makan tinggi natrium, kena makan pisang sekali. Unsur kalium (potassium) dalam pisang dapat membantu menyingkirkan lebihan natrium dari dalam darah menerusi air kencing. Oleh itu kena banyak minum air kosong jugak.
Saya jumpa ia dijual di Mydin Bukit Mertajam. Lain kali beli nak cuba resipi kimchi pancake pulak .
Memang padan makan kimchi dengan sotong. Dengan rasa masam² kimchi tu macam makan seafood cicah dengan air asam.
Mi lontong Mamee, cuma letak serbuk perasa saja sedikit, rebus dengan sayur kailan, bawang putih & sotong. Hasil daripada #resipi ringkas ini, supnya ada rasa pahit² .
Agaknya pahit tu datang dari pangkal daun sayur kailan tu. Boleh la ada gaya macam makan sup ginseng .
4 November 2023
2 November 2023