Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Melawat rumah P. Ramlee

Isnin, 25 Disember 2023, 9:50 am0

D421919D-9BFA-4628-89F7-6FBB7493A64A.jpeg
Buka dari jam 9 pagi hingga 5 petang, masuk free & parking free.

Pada tahun 1948, seorang jejaka yang tinggi lampai lagi berjerawat telah mengikat janji dengan takdir — suatu ikatan cinta dengan dunia perfileman yang akhirnya menjadi mekar segar dalam masa tiga dekad di dalam hayatnya. Semuanya bermula apabila dia menerima tawaran menyanyi dan berlakon di Shaw Brothers Malay Film Productions di Singapura. telah mengorak langkah yang pertama dan seterusnya menjadi seniman agung.

FAF26AE7-6F53-4F43-8DD8-6CC674AAD7EA.jpeg
Masuk ke kawasan Jabatan Kebudayaan & Kesenian ini, lurus, di bahagian belakang bangunan ada tempat parking, tapi sedikit saja ruang disediakan.

P. Ramlee (nama sebenarnya, Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh) lahir di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929. Ayahanda beliau, seorang ahli pelayaran dari Lho’ Seumawe, Acheh yang datang ke Pulau Pinang, telah berkahwin dengan Che Mah bt. Hussein dari Kubang Buaya, Butterworth pada tahun 1925.

190F9641-B4FA-4CA5-A099-44AA2D7EA1CE.jpeg
Rumah P. Ramlee dibuka kepada umum pada 13 Disember 1991 oleh Dato’ Sabbaruddin Chik.

Ramlee menerima didikan awalnya di Sekolah Melayu Kampung Jawa, di Sekolah Francis Light dan seterusnya di Free School sehingga tercetus Perang Dunia Kedua. Semasa zaman persekolahannya, Ramlee kurang berminat terhadap pelajarannya tetapi menunjukkan bakat cemerlang dalam bidang seni, terutama seni muzik. Beliau beruntung mendapat tunjuk akar daripada Encik Kamaruddin, seorang guru muzik yang memimpin ‘brass band’ di Penang Free School.

42579C92-A0C2-4426-9F8E-609762AE1C4F.jpeg
Cuaca panas terik sewaktu saya ke sini.

Semasa pendudukan Jepun, Ramlee memasuki sekolah tentera laut Jepun (Kaigun). Di sana beliau belajar menyanyi lagu-lagu Jepun dan menjadi terkenal di kalangan rakan-rakan Jepun sebagai penyanyi yang baik. Beliau juga berpeluang belajar main biola, piano dan ukulele di bawah tunjuk ajar Hirake San semasa berada di Kaigun. Beliau belajar main gitar daripada Encik Zain Kechik, pemimpin pancaragam “Bintang Sore”.

590B09AC-D97F-4AFD-88F8-DEEBDB171C54.jpeg
Agak ramai pengunjung sebab musim cuti sekolah, lebih² lagi keluarga dengan anak² pada umur bersekolah rendah.

Penglibatan Ramlee dalam dunia muzik bermula apabila beliau masuk kumpulan “Terona Sekampung” sebagai pemain biola. Hampir setiap malam beliau bersama pancaragam ini menghibur para tetamu di majlis-majlis pesta yang lain. Semasa inilah beliau mula mencipta lagu-lagu, dan salah sebuah daripada lagu-lagu itu ialah “Azizah” yang merupakan suatu ciptaan khas untuk seorang gadis yang pernah memikat hatinya. Ramlee meninggalkan “Terona Sekampung” dan menjadi anggota pancaragam “Mutiara”, dan kemudiannya menjadi anggota kumpulan lain yang dipanggil “Pancaragam Keroncong Pemuda Indonesia” sebagai pemain biola utama kumpulan itu.

1BB3627A-062A-4F4C-AFE5-FB93BBA1114C.jpeg
Rumah ini jauh lebih kecil daripada rumah Tun M yang saya lawat bulan lalu ⁽¹⁾, hanya ada satu bilik.

Dalam satu pertandingan keroncong yang diadakan di seluruh Pulau Pinang dan Seberang Prai dalam tahun 1947, pancaragam Ramlee telah menggondol kejuaraan pertandingan dengan lagu “Keroncong Oh Suci” yang dinyanyikan oleh Ramlee sendiri. Semasa pertandingan inilah beliau mengubah namanya kepada “P. Ramlee”, dengan mengambil huruf “P” pada nama ayahandanya, Puteh bin Karim.

25548B31-A4A6-458D-80A2-60BC0CA6C9DC.jpeg
Tak banyak info dipaparkan pada dinding rumah, saya expect untuk lihat senarai semua poster filem yang diarah & dilakonkan oleh P. Ramlee, tapi tak ada, hanya 2-3 poster generic.

P. Ramlee juga telah menempah nama sebagai seorang biduan yang berbakat apabila beliau memenangi kejuaraan “Bintang Utara Malaya” dalam tahun yang sama. Kemudian beliau memasuki kumpulan muzik lain yang dipanggil “Mustika” di Butterworth. Di bandar tersebut ada pula pertunjukan pertanian dan P. Ramlee serta kumpulannya telah diundang untuk menghibur para pengunjung semasa pesta itu diadakan.

5945AF41-C359-447C-BAA1-BD1A19E65009.jpeg
Persamaan dapur orang dulu² — mesti ada batu giling & lantainya jenis berlubang untuk mengalirkan air cucian ke bawah rumah.

Pada satu malam, alunan lagu “Azizah” telah menarik minat B.S. Rajhans, seorang pengarah dari Singapura yang sedang mencari bakat-bakat baru. Beliau menawarkan kepada P. Ramlee dan seorang rakannya, Sukardi, suatu peluang ke alam perfileman — iaitu satu “screen test” di Shaw Brothers Malay Film Productions di Singapura.

C7EF9CD6-CABD-4EE9-B7EC-5505D288CA2E.jpeg
Kat bawah rumah ada sampan yang digunakan keluarga P. Ramlee sebagai pengangkutan utama & basikal kepunyaan P. Ramlee, ada si itam tidur di tepi basikal tu. Di sekitar bangunan Jabatan Kebudayaan ini ada banyak kucing 🐈.

Pada Ogos 1948, P. Ramlee bersama Sukardi menaiki keretapi di Prai untuk berhijrah ke Singapura, maka bermulalah satu era baru dalam dunia muzik dan perfileman Melayu — satu dunia fantasi yang dicipta oleh seorang pemimpin seni telah menggembirakan jutaan manusia. Semua ini berlaku kerana seorang jejaka yang tinggi lampai lagi berjerawat berani mengikat janji dan takdir.

4C702BA5-0BC2-43EE-B29E-308ED2277364.jpeg
Ada seorang pakcik happy-go-lucky bersongkok berpayung menghiburkan pengunjung dengan beberapa dialog filem & menyanyi² sedikit lagu P. Ramlee.

Kalau ada kakak makcik yang datang, keluarlah dialog Blalang bilang tok nujum tak ada kat rumah 😅. Bila saya dah nak balik, dia pergi siram² jalan kat laman depan rumah, katanya nak bagi sejuk sikit lantai 😆.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2023/11/melawat-rumah-kelahiran-tun-m-gambar-wide-angle/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1034693164364262/

Tulis komen: