Tak jumpa sushi Aeon, beli takoyaki jak

3C6CA3EA-B735-455C-9F32-C5B3FEB951FA.jpeg

Selasa, 26 Disember 2023, 11:20 pm21

Aeon Kinta City, waktu kat UTP dulu, tiap kali kalau ke Ipoh mesti beli sushi kat sini.

Tapi tengahari tadi pergi tengok tak ada sushi Aeon, section kedai tu dah tak ada. Aeon Klebang, masih ada ⁽¹⁾.

Sempat pergi cari kedai muzik tempat beli gitar akustik warna biru dulu yang saya sain sendiri 😆. Dah tak ada lagi kedai tu, dah ganti dengan kedai telefon.

Hari ni start road trip dari Penang ke KL. Tol percuma sempena Krismas, jadi banyak kenderaan guna highway PLUS.

Beberapa kali sangkut kat jem, terutama sekali di berdekatan rest stop utama seperti R&R Tapah, trafik merangkak sejauh beberapa kilometer, namun kelewatan menurut Google Map hanya kira² 10 minit paling lama.

Nasib baik perjalanan saya ikut jadual. Pukul 10 pagi dari Penang, check in hotel di Batu Caves pukul 5. Cuaca mendung sepanjang perjalanan dengan sedikit hujan renyai².

😪

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2023/10/macam-dah-lama-tak-makan-sushi-/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1035675820932663/

Tulis komen:

Melawat rumah P. Ramlee

25 Disember 2023