Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Review filem paling kontroversi tahun ini, Pendatang

3BB7C14A-C555-4BCB-9ACE-29170D332905.jpeg

Jumaat, 22 Disember 2023, 1:50 am0

Semalam ini disiarkan di Youtube, tak dapat nak ditayangkan di pawagam, mesti kena ban.

Ini bukan filem Malaysia yang tipikal. Ia berkonsepkan masa depan distopian yang mana perlembagaan negara diubah susulan pergolakan, kemudian referendum & rakyat diasingkan mengikut kaum. Interaksi antara kaum adalah jenayah disisi undang².

Nak tengok filem ini, hati kena terbuka & minda kena matang. Ia menggambarkan, bagaimana jika satu masa, akibat berlakunya satu tragedi yang mereka gelar Tragedi 927, yang membawa kepada rusuhan kaum sehingga mengorban ramai nyawa. Akhirnya satu referendum dicapai bagi menamatkan pergolakan ini, dengan mengasingkan kaum² yang berbeza di kawasan masing², dan sempadan dibina tembok tinggi & dikawal oleh para militia.

Disebabkan filem ini tidak melalui proses penapisan, penerbit filem bebas berkarya, menyampaikan mesej, gambaran & emosi mengikut kreativiti mereka. Antara perkara² atau babak yang unik & menarik yang saya amati dalam filem ini:

  • Tembok tinggi yang memisahkan kawasan antara kaum nampak seperti tembok apartheid Israel.
  • Keluarga Cina cuba menyesuaikan diri untuk tinggal di rumah orang Melayu.
  • Matawang ringgit dah tidak digunakan lagi, mereka guna dollar US.
  • Telefon pintar masih ada, cuma line telefon tak ada sebab mereka nak asingkan signal mengikut kaum & kawasan.
  • Babak di kilang perabot, pejabat yang kosong & naik basikal ke kilang, membuatkan ia nampak seperti di Korea Utara.
  • Tiada babak di pekan atau bandar, hanya di jalan² kampung & kebun sawit, membuatkan ia nampak seperti era insurgensi komunis tahun 60-an hingga 80-an dulu.
  • Babak anggota militia menyerbu rumah pada waktu malam untuk cari bukti, dapat dirasakan emosi ketakutan seluruh anggota keluarga apabila diacukan senapang.
  • Efek tembakan menggunakan pistol & senapang nampak realistik seperti filem Hollywood.
  • Dialog mencarut tak alang² macam sesetengah filem gengster mainstream, ini dia bagi f-bomb terus.

Kalau dah bersedia untuk menonton filem ini tanpa rasa sentap, layan di sini 👉 https://youtu.be/yI50AwTDpiU

Disebalik topik kontroversi yang diketengahkan dalam filem ini, ada beberapa pengajaran:

  • Kena tanggung pilihan yang dibuat sendiri. Dapat dilihat pada beberapa kali dialog menyentuh perihal akibat mengundi ‘Ya’ pada referendum mengasingkan tempat tinggal mengikut kaum.
  • Apabila dah hidup sesama kaum pun, tetap ada isu lain, terutamanya isu kepercayaan yang membawa kepada tuduh menuduh orang lain sebagai pembelot.
  • Janganlah hanya disebabkan berbeza kaum & warna kulit, bila ternampak orang kaum lain terus mengacu senapang, sedangkan orang itu hanyalah kanak². Jadilah manusia, jangan jadi mayonis 🤐.

✌

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1032768321223413/

Tulis komen: