Sarapan sang pekerja
Khamis, 21 Disember 2023, 2:30 pm0
Terutamanya yang bekerja secara fizikal, menu ini membekalkan lebih banyak kalori yang ditukar kepada tenaga untuk bekerja seharian.
Kalau yang bekerja secara mental, banyak duduk, lebihan kalori daripada makanan ini hanya menyebabkan seseorang tu bertukar jadi Enche Roi .
Sebelum ni dah cuba #makan roti canai & kuah dhal brand Kawan ⁽¹⁾, kali ni cuba roti paratha & kari dhal, rasa lebih kurang macam kuah dhal, mungkin #resipi ada tambah kari lebih.
Tips: lepas keluarkan roti paratha dari peti ais, terus masak atas frypan, jangan nyahbeku sebab nanti doh roti jadi lembut & melekat pada plastik pembalut.
P.s: roti canai dinobatkan sebagai makanan ke-2 terbaik di dunia ⁽²⁾, terbaik untuk menggalakkan ‘personal growth’ .
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2023/11/masak-roti-canai-kuah-dhal-kat-rumah/
⁽²⁾ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/12/1042745/roti-canai-makanan-kedua-terbaik-dunia-tasteatlas
Review filem paling kontroversi tahun ini, Pendatang
22 Disember 2023
Depan mata tak nampak kemajuan
20 Disember 2023