Belek² kereta hidrogen Toyota Mirai
Ahad, 26 Mei 2024, 3:55 pm

Berbeza dengan enjin pembakaran dalaman (internal combustion engine) yang menggabungkan hidrogen & oksigen untuk menghasilkan letusan & tenaga kinetik untuk menggerakkan kenderaan, enjin #fuelcell ⁽¹⁾ ini mengalirkan hidrogen & oksigen pada kepingan plat fuel cell, di mana tindak balas kimia menghasilkan pergerakan elektron yang menjadi elektrik. Elektrik inilah yang disalurkan pada motor untuk menggerakkan tayar.

Di booth Toyota di #MalaysiaAutoshow2024 ini, kalau tak silap ada juga C-HR atau Corolla Cross, saya perhatikan layout pada dashboard, kedudukan butang start stop, jenis speedometer, design steering, jenis tuil gear, semuanya berbeza. Dari C-HR, masuk ke dalam Mirai, rasa macam masuk kereta dari jenama lain.




Dah biasa tengok pengepam tangki minyak petrol & charging port untuk kereta elektrik, saya ingin tahu rupa penyambung & injap untuk mengisi tangki hidrogen. Lepas tengok video tutorial ⁽²⁾, saya dapati mekanisme menyambung pengepam ke tangki hidrogen lebih kurang seperti penyambung injap untuk paip air ke mesin basuh.

Saiznya 235/55 R19, ketebalan tayar & diameter rim dah macam saiz tayar SUV.
⁽¹⁾ https://youtu.be/-tmuiHm5sbc
⁽²⁾ https://youtu.be/puYg0MEZWx0