Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Ioniq 6 = Hyundai 911

Isnin, 27 Mei 2024, 9:20 am0

DB34F94A-CE41-4C71-92C4-72E2F343F6AA.jpeg
Sekilas pandang bentuk badannya macam Porsche 911 🤩.

Antara sebab saya suka Ioniq, khususnya Ioniq 5 adalah:

  • Design-nya yang futuristik, sebab khabar angin mengatakan ini adalah kereta elektrik projek pihak Apple yang tak jadi.
  • Lepas tengok video Rirang camping dengan kereta ini ⁽¹⁾ & mendemonstrasi penggunaan V2L, saya nampak praktikaliti kenderaan EV sebagai ‘kediaman bergerak’.
065BE19E-09AB-4566-A2C7-9B4874C45AC5.jpeg
Design dalaman tak beza jauh.

Kat Ioniq 6 dah tak pakai floating instrument cluster, bagi pengguna ia nampak lebih familiar untuk digunakan. Design steering tu minimalist tapi agak kosong sangat.

DA013C97-5801-45D0-ABA3-C092C1D20EF5.jpeg
Center console pun lebih conventional dalam Ioniq 6.

Susunan cup holder dalam Ioniq 6 lebih menjimatkan ruang. Perhatikan turutan posisi skrin tengah, rongga aircond, barisan butang konsol multimedia, kawalan aircond & butang start stop. Dalam kedua² model nampak konsisten ⁽²⁾. Kebanyakan kereta Jerman menggunakan format susunan begini, dan diikuti oleh pengeluar Korea, jadi pengguna lebih cepat adaptasi jika memandu kenderaan berlainan.

7D185CE9-F4D4-46B9-BAFB-CA10954CA17D.jpeg
Tak ada handle untuk tarik pintu.

Di sepanjang arm rest kat pintu ni, yang ada sinaran cahaya merah tu, itulah handle untuk tarik tutup pintu. Design sebegini kira ok lah, nak kena biasakan cara guna, cuma semasa memandu, tak ada handle untuk digenggam, nak rehatkan tangan ⁽³⁾.

Ini pintu kat Ioniq 5, butang kawalan tingkap masih kat pintu. Kat Ioniq 6 dah pindah ke center console.

B10A31C9-C7F1-49F5-B662-E0B23E7CFF1A.jpeg
Saiz bukaan butnya cukup besar. Design lampu kotak² pixel tu I like 🫰.

Tak seperti sesetengah kenderaan lain pada pameran yang nisbah bukaan butnya lebih kecil berbanding saiz kenderaan itu sendiri, contohnya Ora Good Cat, Mini Cooper S, termasuk Proton X70.

FD3765D0-01FB-4C7B-A4C6-5ADA89AD477B.jpeg
Ioniq 5, dari RM207,458 ke RM270,058.

Harga bergantung kepada kapasiti bateri & output kuasa. Kadar cukai jalan (jenis bukan sedan) adalah RM463 untuk varian dengan output 125 kW, dan RM2,703 untuk varian dengan output 225 kW.

7AA2202C-642B-4B17-9BD4-F72FDF694B60.jpeg
Ioniq 6, dari RM219,888 hingga RM319,888.

Harga bergantung kepada jenis pacuan roda, kapasiti bateri & output kuasa. Pacuan semua roda (AWD) lebih mahal daripada pacuan roda belakang (RWD). Kadar cukai jalan (jenis sedan) adalah seperti berikut:

  • RM384 (111 kW)
  • RM1,510 (168 kW)
  • RM3,427 (239 kW)

⁽¹⁾ https://youtu.be/3Q31OzbAUAk
⁽²⁾ https://azwan082.my/2024/05/belek-kereta-hidrogen-toyota-mirai/
⁽³⁾ https://azwan082.my/2024/05/ini-dia-kabel-v2l-yang-menukarkan-elektrik-dc-daripada-bateri-kereta-kepada-250v-ac/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1125491951951049/

Tulis komen: