Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Belek² kereta hidrogen Toyota Mirai

Ahad, 26 Mei 2024, 3:55 pm0

D6183B99-1BCF-472F-96FD-DABC2D34C738.jpeg
Ruang enjin bertutup hanya nampak module fuel cell saja.

Berbeza dengan enjin pembakaran dalaman (internal combustion engine) yang menggabungkan hidrogen & oksigen untuk menghasilkan letusan & tenaga kinetik untuk menggerakkan kenderaan, enjin ⁽¹⁾ ini mengalirkan hidrogen & oksigen pada kepingan plat fuel cell, di mana tindak balas kimia menghasilkan pergerakan elektron yang menjadi elektrik. Elektrik inilah yang disalurkan pada motor untuk menggerakkan tayar.

2D5F0459-41E7-4747-AAD3-6A27543334AD.jpeg
Satu perkara yang saya kurang gemar tentang dalaman Toyota ialah susun atur dashboard yang kurang konsisten di antara model² mereka.

Di booth Toyota di ini, kalau tak silap ada juga C-HR atau Corolla Cross, saya perhatikan layout pada dashboard, kedudukan butang start stop, jenis speedometer, design steering, jenis tuil gear, semuanya berbeza. Dari C-HR, masuk ke dalam Mirai, rasa macam masuk kereta dari jenama lain.

4BE32EB6-596D-4E4B-B024-1FBF51D78C82.jpeg
Di sebelah kanan steering sini ada butang H20, tak pasti apa fungsinya, sebab butang untuk start stop enjin dah ada kat sebelah kiri.
C4F08D4D-F445-4F69-BF3E-1ABA0DCE3F31.jpeg
Cuba buka boot sebab nak cari mana tangki hidrogen, tapi tak dapat buka 😅.
12A4D7A9-833D-4E78-8F9B-B6D7AB6D4C2B.jpeg
Lubang isi hidrogen ke dalam tangki.

Dah biasa tengok pengepam tangki minyak petrol & charging port untuk kereta elektrik, saya ingin tahu rupa penyambung & injap untuk mengisi tangki hidrogen. Lepas tengok video tutorial ⁽²⁾, saya dapati mekanisme menyambung pengepam ke tangki hidrogen lebih kurang seperti penyambung injap untuk paip air ke mesin basuh.

975F49E0-E724-44D9-9B11-1ECBE704D894.jpeg
Dalam gambar nampak normal, tapi tengok dari dekat & melihat kepada nisbah saiz tayar kepada badan kereta, tayar ini sebenar bagak!

Saiznya 235/55 R19, ketebalan tayar & diameter rim dah macam saiz tayar SUV.

⁽¹⁾ https://youtu.be/-tmuiHm5sbc
⁽²⁾ https://youtu.be/puYg0MEZWx0

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1125067391993505/

Tulis komen: