Kalau pakai induction cooker, mesti kena ada infrared/ceramic cooker jugak
Rabu, 14 Ogos 2024, 4:30 pm0
Periuk yang dapat pakai pada induction cooker adalah jenis stainless steel & jenis yang kat tapaknya ada lapisan mengandungi bahan konduktor elektrik untuk menghasilkan haba. Selalunya kat label periuk ada logo dapur induction yang bergolong² tu ⁽¹⁾.
Dalam product description tulis boleh pakai dengan induction cooker, tapi bila test, tak dapat. Nasib baik ada beli sekali infrared cooker ataupun lebih popular dengan nama ceramic cooker.
Beza antara induction & ceramic cooker secara mudahnya adalah:
- Induction – elemen pemanas ada pada periuk.
- Ceramic – elemen pemanas ada pada dapur.
Induction cooker menghasilkan arus elektromagnet untuk menggetarkan permukaan dasar periuk bagi menghasilkan haba.
Manakala ceramic cooker menghasilkan haba menerusi cakera seramik yang terdiri daripada gegelung pemanas diperbuat daripada fiber karbon.
Kelebihan induction cooker ialah periuk cepat panas & haba yang dihasilkan adalah minimum. Pemegang periuk tak panas langsung walaupun isi periuk menggelegak. Ia juga jimat elektrik, di mana kuasa 800W pada induction cooker setara dengan 1200-1400W pada ceramic cooker.
Kelebihan ceramic cooker ialah dapat digunakan dengan segala jenis periuk dengan dasar rata, tak macam induction cooker yang banyak songeh, nak periuk stainless steel atau yang support induction saja.
Walaupun sekarang dah ada dua² dapur, namun saya berhati² untuk sebaiknya tidak gunakan kedua²nya sekaligus. Sebab jumlah kuasa elektrik yang digunakan serentak kedua² dapur adalah lebih 4000W.
Katakan plug point yang saya gunakan bersambung dengan fius 20A pada distribution board (DB):
- 240V x 20A = 4800W
Hanya tinggal 800W saja untuk peralatan elektrik lain gunakan. Kalau banyak peralatan elektrik digunakan serentak & terlebih beban (overload), yakni jumlah kuasa lebih 4800W
- fius pada DB boleh trip, atau
- plug point / plug extension boleh terbakar.
Ini risiko dalam menggunakan peralatan elektrik berkuasa tinggi.
Kalau buat BBQ guna serbuk perasa kari jawa, mesti rasa tak nak berhenti #makan .
Lee Fah kena eksport produk mereka ke Malaya, seperti mana Three Tea & Sundrop.
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/02/lepas-lebih-3-minggu-baru-dapat-beli-peti-sejuk/
Jom tengok Sukma 2024 langsung pada smart TV masing²
16 Ogos 2024
8 Ogos 2024