Rupanya tayar yang bunyi berdengung waktu laju
Rabu, 19 Februari 2025, 11:45 am


Plan asal hanya nak atur alignment #PoloSedan. Lepas tukar steering rack hari tu ā½Ā¹ā¾, terus bawa jalanĀ² sampai tak sempat nak cari masa & tempat buat alignment.
Semasa memandu, dapat rasa simptomĀ² alignment lari. Bila pusing stering ke kiri atau kanan sedikit, stering āmelekatā ke arah tersebut. Sepatutnya stering akan auto melurus balik apabila bergerak ke depan.
Lepas kereta naik lif ni, cek tayar, baru nampak tapak tayar makan sebelah dalam.
Satu lagi masalah, tayar belakang yang pancit sebelum ni ā½Ā²ā¾, baru 3 hari lepas pam, dah kurang angin balik.
Kesemua tayar dah berumur 5 tahun, getah pun dah mengeras, bila pam, cepat mengempis balik. Bunga tayar pula tinggal kiraĀ² 20% saja lagi.

Ingatkan tayar cap apek, harga nampak murah semacam. Bila tanya pomen, dia kata tayar ini jenama Toyo Proxes CR1.
Tayar yang saya pakai selama ini ialah Toyo Proxes TR1.

Boleh nampak perbezaan ketara pada corak bunga tayar antara TR1 & CR1.
TR1 hanya ada 2 ālongkangā, CR1 ada 4. Kata pomen, kelebihan corak yang ada 4 longkang begini adalah
- Lebih efektif mengalirkan air menjauhi permukaan tayar, justeru grip yang lebih baik pada permukaan basah
- Lebih senyap sebab kurang lekukĀ² melintang seperti TR1
Jumlah pelaburan penukaran tayar ini demi keselamatan di jalan raya:
- Tayar 195/55 R15 = 195 x 4 = 780
- Valve = 15 x 4 = 60
- Alignment & balancing = free
Bawah 1k, ini berbaloi, kos efektif! Tak payah fikir panjang, tukar terus.
Tambahan pula, ada waranti merangkumi penukaran satu-kepada-satu tayar untuk 6 bulan pertama atau 10,000 km, yang mana datang dahulu, jika tayar rosak tak dapat digunakan lagi.
Dengan syarat, kalau berlaku tayar pancit, bila pergi hantar kedai tayar untuk repair, mesti suruh pomen tampal kebocoran dari dalam, bukannya dengan cara cucuk getah yang kebiasaannya dibuat sebab nak lebih cepat siap. Alasannya kerana teknik cucuk getah tu boleh merosakkan dawai radial tayar tu, seterusnya akan void waranti.
Setakat hari ini lepas tiga hari pakai, memang ada perbezaan ketara. Sebelum ni bila kereta mula laju, atas 80 km/j, akan mula kedengaran bunyi berdengung. Macam bunyi wheel bearing yang rosak, tapi part tu dah tukar tak lama dulu, sekali semasa salin habis absorber ā½Ā³ā¾.
Sekarang dah senyap sunyi, bunyi tayar di permukaan jalan turun ke tahap minimum. Mungkin juga dipengaruhi faktor getah tayar yang masih baru, sebab pengalamannya sama seperti semasa saya tukar tayar Viva dulu kepada jenama Goodyear ā½ā“ā¾.
Berkenaan prestasi tayar, saya rasa TR1 yang dulu tu dikhususkan kepada pemanduan sporty. Pada permukaan jalan yang kering, kereta rasa lebih stabil mengambil corner pada halaju tinggi.
Bukanlah bermaksud CR1 yang baru ini tidak stabil, cuma dapat rasa getah tayar tu lebih lembut, khas untuk pemanduan selesa. Bila ambil corner, grip masih mencengkam, cuma sedikit rasa ātergelincirā.
Dalam pemanduan jalan basah pula, biasanya saya memandu santai, jadi tak dapat kesan perbezaan yang ketara.
Secara keseluruhan, puas hati dengan produk ini. Pengalaman memandu jadi lebih selesa & selamat.
Artinya, pada musim cuti akan datang, bakal mengembara jauh lagi .
ā½Ā¹ā¾ https://azwan082.my/2025/02/seminggu-lepas-tukar-engine-mounting-steering-rack/
ā½Ā²ā¾ https://azwan082.my/2025/01/adoi-sampai-bubus-kasut-beta/
ā½Ā³ā¾ https://azwan082.my/2024/03/siap-salin-habis-absorber-dasauto/
ā½ā“ā¾ https://azwan082.my/2019/09/ulasan-tayar-goodyear-gps2/
17 Februari 2025