Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Tugu Pokok Getah, mercu tanda pekan Betong

141644551_237052107864606_8103287970117821615_n.jpg
140699133_237052141197936_4842672193880475864_n.jpg

Sabtu, 23 Januari 2021, 9:45 am0

Landmark Betong.

merupakan salah satu pekan yang terletak di tepi Sungai Padeh, yang mengalir menuju ke Batang Saribas, dan merupakan pusat pentadbiran daerah Betong yang terletak di antara Simanggang dan Sarikei. Daerah Betong yang dahulunya sebahagian daripada daerah Sri Aman, menjadi daerah pentadbiran ke-12 di Sarawak pada Mac 2002.

Betong merupakan pengeluar getah utama di Sarawak. Tugu pokok getah yang menjadi Betong ini telah dibina pada bulan September 1996. Boleh tengok persekitaran tugu ini di dalam album :

Berikut merupakan teks yang terdapat pada plakat pada tugu ini:

“Replika Pokok Getah.

Sejarah telah membuktikan bahawa getah pernah menjadi sumber hasil utama negara. Getah masih merupakan aset yang memakmurkan negara.

Suatu ketika dahulu, Betong yang masyhur dengan kepahlawanan wiranya, Panglima Rentap, merupakan pengeluar utama getah di Bumi Kenyalang. Betong dan getah adalah suatu nama yang sinonim. Getah itu tuah.

Atas alasan itulah maka pokok getah telah dipilih sebagai lambang kemegahan Betong.

Replika pokok getah yang berdiri megah di Medan Pasar ini bercirikan sepohon pokok getah yang telah dicantas. Ia melambangkan sejarah silam Betong yang berlalu dimamah usia.

Sebatang tunas baru yang tumbuh pada batang getah lama melambangkan semangat baru dan keazaman baru Betong untuk bersaing dan berkembang maju selari dengan kemajuan pesat negara menuju Wawasan 2020. Tunas itu melambangkan Betong Baru.

Di keempat-empat penjuru tembok asas replika, terpampang kegiatan ekonomi harian dan hasil keluaran penduduk tempatan sejak turun-temurun di Daerah Saribas, yang menjadi asas punca ekonomi yang memberi nafas kepada pembangunan di persekitaran Betong.

Semoga dengan berdiri megahnya lambang pokok getah ini di Medan Pasar, suatu lokasi yang paling strategik di Betong, akan meniupkan angin perubahan yang lebih deras ke arah mencapai cita-cita Betong Baru menerusi Dasar Politik Pembangunan kerajaan Barisan Nasional dalam suasana kestabilan dan keharmonian demi pencapaian Matlamat Wawasan 2020.”

💬 Dapat rasa mesej positif penulis teks ini pada tahun 90-an dulu. Sekarang, wawasan 2020? BN? 😂

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/237052171197933/

Tulis komen: