Lama tak tukar air filter, pakai yang washable terus

Rabu, 5 Mac 2025, 10:05 pm
Tak perlu tukar setiap kali servis, boleh cuci guna vacuum atau air compressor.
Last tukar hujung tahun 2023 ⁽¹⁾ sebelum galau tour .
Bila buka air filter box, sampai ada bulu pelepah burung melekat kat filter lama. Bila letak saja filter lama perlahan² atas bumbung kereta, debu tebal terus jatuh berguguran, umpama bedak tumpah .
Patut la enjin #kereta selalu semput, nak start enjin, crank pun lebih lama daripada biasa.
Perbezaan antara air filter biasa dengan jenis washable ialah, air filter biasa diperbuat daripada kertas, yang washable daripada nylon, sebab tu lebih mahal.
Air filter ni kalau ori K&N, harga 400 lebih, yang ini brand OEM bernama ‘Upgr8’, harga dalam RM120, beli kat sini:
Kerja nak tukar air filter ni mudah saja, boleh #DIY sendiri.
Air filter box #PoloSedan ni diikat dengan skru mata philips. Kalau Viva dulu, hanya pakai klip.
Review lepas baru sehari pakai, sudah tentu ada penambahbaikan. Tekan sikit accelerator pedal, terus ada response. Sebelum ni selalu nak kena tekan lebih sebab tak ada response daripada enjin.
Cuma nak test lagi semasa memandu dalam cuaca panas. Saya perhatikan yang enjin selalu semput, macam ada misfiring bila memandu dalam cuaca panas.
Semasa dalam halaju sederhana, bila nak memecut, gear lambat turun. Jadinya enjin tersedak² sedikit nak speed up dalam gear tinggi .
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2023/12/ritual-apabila-bermula-musim-cuti/
Tukar cabin air filter secara DIY
7 Mac 2025
1 Mac 2025