Skill masak serentak

Rabu, 4 Jun 2025, 11:25 pm
Hidangan ini semua siap dalam 30 minit saja.
Tipsnya ialah masak dulu makanan yang dapat di-automate, iaitu nasi. Hanya letak dalam rice cooker, pastu biar sampai masak. Dalam tempoh menunggu nasi masak selama kira² 20 minit, masaklah benda lain.
Kedua, masak lauk. Bagi saya, selalunya masak lauk seperti ikan atau ayam, guna air fryer. Pun sama, separuh automatik, tak perlu nak sentiasa ditengok. Bila dah letak cukup bahan perasa pada ikan atau ayam, letak dalam air fryer, set timer ke 20-25 minit, tunggu sampai masak.
Dalam tempoh menunggu kedua² rice cooker & air fryer memasak, dapatlah buat masakan ketiga, iaitu sayur. Masak #resipi ringkas, sayur kubis stir fry dengan bawang dan ikan pusuk, diperisakan oleh sos tiram. Masak 5 minit dah boleh siap, cuma nak sedia bahan, potong bawang & sayur, lepas tu nak bersihkan dapur tu yang lama, kadang² sampai 10-15 minit.
Habis masak sayur, biasanya nasi dah masak dulu, tinggal giliran lauk dalam air fryer untuk siap. Cukup² 30 minit, semua dah masak, dah boleh start #makan.
5 Jun 2025
3 Jun 2025