Patut la ramai tak pilih teh ni

Sabtu, 26 Julai 2025, 12:45 pm

Tips untuk teh ni, guna cawan kecil, pastu minum cepat sampai habis.

IMG_0175.jpeg
Teh chai karak dari Arab Saudi

Biasanya bila department HR buat session untuk chat 1-on-1, akan ada bagi sedikit gift. Kali ni teh chai karak ni dengan gula², tapi ramai skip teh ni, sebab rasa macam teh masala.

Saya yang tak pernah cuba teh masala pun ambil 3 paket. Cuba paket pertama kat rumah, baru kau tau! 😂

Rasa teh ni bukanlah tak sedap langsung, cuma tambahan aroma & rasa buah pelaga yang kuat tu buatkan rasa teh susu ni tak berapa mengena dengan selera nusantara saia 😆.

Biasanya buah pelaga letak dalam masakan ayam panggang atau nasi briyani atau nasi arab. Ini minum dengan teh susu, kalau kena pada yang sensitif perutnya, segala yang diminum boleh keluar balik 🤢.

Ini beberapa tips penting untuk habiskan teh ini:

  • Guna cawan kecil – Lagi sikit air, lagi cepat habis
  • Tambah gula – produk ni kurang gula, bagi manis lagi supaya tutup rasa buah pelaga yang kuat tu
  • Minum sambil side menu – seperti bun kaya pandan dari Lotus’s kat bawah
IMG_0179.jpeg
Loti Kaya Pandan 😆

Biasanya saya datang Lotus’s petang atau malam, dah habis bun dijual, tapi pagi tadi awal singgah lepas check kereta kat workshop, meja bun & donut masih penuh.

Pagi tadi awal pegi workshop untuk check suspension yang dah bunyi macam lori. Rupa²nya absorber depan kanan dah longgar. Kira masih baru lagi absorber Bilstein tu, baru tukar tahun lalu ⁽¹⁾. Nampak sangat jalan area sini banyak rosak berlobang tampal, baru setahun tukar absorber, dah rosak balik.

Tapi hikmahnya, mungkin peluang untuk tukar absorber jenis lain, sebab yang sebelum ni saya rasa ianya terlalu sporty & keras, setiap alunan permukaan jalan yang kecil pun dapat rasa dalam kereta.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2024/03/siap-salin-habis-absorber-dasauto/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1428949514938623/

Tulis komen: