Ayam panggang kuning

Ahad, 14 September 2025, 1:20 pm
Sebelum ni #resipi masak ayam guna kicap & sos tiram ⁽¹⁾, ini resipi kedua paling mudah nak buat guna air fryer.
Bahan perasa asas adalah garam dan serbuk kunyit. Boleh tambah penambah rasa lain² ikut selera & availability bahan. Contohnya, saya ada tambah MSG untuk rasa umami, tambah lada untuk sedikit rasa hangat & serbuk paprika untuk aroma smoky.
Sebaiknya perap paling sekejap 30 minit, supaya segala perasa meresap ke dalam isi ayam. Tapi kalau nak terus masak, bubuh beberapa titik minyak kat aluminium foil supaya tak kering. Nanti bila tengah masak, segala lemak & kelembapan dari isi ayam akan cair & keluar kemudian bercampur dengan bahan perasa, menghasilkan ‘kuah’ yang dapat digunakan untuk menambah perasa isi dalam ayam.
Rasa ayam masak kunyit ni mengingatkan suasana kat kampung atau restoran / gerai #makan melayu – cuaca panas berangin sambil santai, tak berebut nak jalan².
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2025/06/tips-bbq-guna-air-fryer/
Untung pernah main SSH tunnelling dulu
14 September 2025