Kali ni tengok kat rumah jak

IMG_0340.jpeg

Khamis, 4 September 2025, 11:30 pm

Nasib baek tak beli tiket, dah la jalan jem, kaki pun start sakit balik.

Match sebelum ni yang saya hadir ke Stadium Bukit Jalil pun lawan Singapura ⁽¹⁾, dari ofis drive ke stadium hampir 2 jam. Ni tadi balik rumah, sebelum pagar tol pun dah jem, biasanya selepas tol saja start sesak sebab bottleneck.

Sakit kaki macam sebelum ni ⁽²⁾ pun dah start datang balik, tak pasti sebab apa, mungkin ada tersalah landing waktu melompat atau turun tangga, ataupun tergeliat sedikit kat sendi waktu angkat barang berat, sakitnya datang lepas beberapa hari. Kali ni tak rasa ia disebabkan , sebab diet pemakanan masih sama sepanjang tahun ni, tak ada makan makanan laut atau air manis dalam beberapa hari ini. Tak dapat nak jalan laju, terhincut². Dah la tempat parking kereta jauh dari blok apartment, mana dapat nak berjalan masuk ke stadium macam ni.

Pada separuh pertama Malaysia banyak bermain high line, namun penyudah banyak yang kureng. Namun apabila jaringan dibuat, ia dihasilkan menerusi gerakan pantas dengan hantaran yang berkualiti. Jarang juga tengok kehilangan posession bola.

Mungkin mereka tengah testing teamwork, bagaimana untuk mengawal tempo perlawanan. Guna tempo perlahan & sederhana bagi menguasai bola, dan guna tempo pantas apabila mahu menyerang & hasilkan jaringan.

Di hujung perlawanan, Safawi & Faisal Halim masuk. Safawi dapat free kick, Faisal Halim tak sempat sentuh bola pun 😅.

Malaysia 2 – 1 Singapura (https://youtu.be/td_S6EUQQuA)

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2024/12/perlawanan-terakhir-pau-marti-sebagai-ketua-jurulatih-harimaumalaya/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2022/02/4-hari-tak-dapat-berjalan/

Rakyat madah, ni?

31 Ogos 2025

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1461670104999897/

Tulis komen: