Semasa park kereta, letak gear P dulu atau tarik handbrake dulu?

3 July 2020, 2:30 pm

Semasa park kereta, letak gear P dulu atau tarik handbrake dulu?

Bagi #kereta transmisi auto, ada pemandu yang menukar gear P dahulu baru tarik handbrake semasa meletak kenderaan, dan ada sebaliknya.

Yang mana satu betul atau salah? Boleh baca di www.wapcar.my/news/parking-your-car-shift-to-%E2%80%9Cp%E2%80%9D-or-pull-the-handbrake-first-3535.

Di sini saya nak tambah, kaedah yang terbaik bagi menjaga kesihatan kotak gear auto kereta anda. Hujah saya berasaskan kepada komponen manakah yang terbaik untuk menahan keseluruhan berat kereta sebelum kereta diparkir.

Bagi saya, sebaiknya gunakan brek kaki, dari mula memberhentikan kenderaan, kemudian letak gear pada P, kemudian tarik handbrake, barulah lepaskan brek kaki. Dengan ini, keseluruhan berat kenderaan ditampung oleh brek.

Kaedah ini sudah jadi tabiat ketika memandu kereta gear manual, sebab tak ada gear P pada manual. Jadi semuanya bergantung kepada brek kaki, iaitu selepas kereta berhenti, kekalkan menekan brek, free-kan gear, tarik handbrake, barulah lepas brek. Hampir sama kaedahnya jika menggunakan transmisi auto, jadi taklah banyak keliru.

Pin It Send

Komen sikit: