Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

2 minggu lagi kembali ke sekolah

106481039_158667492369735_7581373964166338451_n.jpg

Khamis, 2 Julai 2020, 10:55 am0

Pada bulan Mac, mula dilaksanakan pada 18/3, semasa tempoh cuti sekolah pertengahan penggal (14/3 – 22/3).

Sejak hari tu budak² semua tak pergi sekolah sampai hari ini. Tapi ada juga yang bersekolah secara online, ataupun homeschool oleh ibu bapa sendiri.

Sementara pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang akan menduduki peperiksaan awam telah pun menyambung persekolahan minggu lalu (24/6), untuk pelajar sekolah menengah Tingkatan 6 semester 1, Tingkatan 1 hingga 4 serta pelajar sekolah Tahun 5 dan 6, akan kembali ke sekolah pada 15/7, selepas 124 hari kat rumah. Manakala pelajar sekolah rendah Tahun 1 hingga 4 pula akan kembali ke sekolah pada 22/7, selepas 131 hari tak ke sekolah (https://www.facebook.com/KemPendidikan/posts/3277975655574407).

Boleh start cari balik mana uniform, kasut, buku alat tulis semua. Jangan² semua kucing yang dah pakai 😹.

P.S: Kalau diingatkan kembali waktu sekolah dulu, agak mustahil nak wajibkan semua pelajar pakai pelitup muka sepanjang berada di sekolah. Sedangkan uniform pun banyak yang pakai tak lengkap. Sekurang²nya penjarakan sosial & kebersihan diri mesti dilaksanakan, seperti meja dijarakkan, hadkan bilangan pelajar pada satu² sesi, setiap kelas ada hand sanitizer dll., itu yang lebih utama.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/158667489036402/

Tulis komen: