Perintah kawalan pergerakan dilanjutkan hingga 28/4/2020.

10 April 2020, 4:40 pm

Perintah kawalan pergerakan dilanjutkan hingga 28/4/2020.

#MCO berlanjutan untuk fasa ke-3, bermula 15 April hingga 28 April. Menurut kementerian kesihatan, MCO yang berlarutan selama hampir sebulan yang lepas telah berjaya mengurangkan kebolehjangkitan atau penularan wabak ini.

Setakat ini, jumlah kes positif #Covid19 adalah 4,228 orang, seramai 1,608 orang telah pun pulih (38% drpd seluruh kes) dan 67 orang kematian (1.6% drpd seluruh kes, berbanding 5.8% di peringkat dunia). Kes² jangkitan positif Covid-19 adalah terkawal pada 7%, lebih rendah berbanding benchmark WHO pada 10%.

Tumpuan sekarang adalah untuk memutuskan habis rantaian jangkitan, supaya tiada lagi jangkitan baru. Justeru, duduk rumah lah kita semua utk 2 minggu lagi. 🧟‍♂️🧛🏻‍♂️🧚‍♂️ #TSMY

Pin It Send

Komen sikit: