Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Harga bahan api fosil minggu kedua April 2020

11 April 2020, 9:15 am

Kelmarin OPEC, Rusia dan negara pengeluar petroleum bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 10 juta tong sehari. Namun pengurangan ini secara tentatif, dijangka hanya akan dilaksanakan dalam bulan Mei dan Jun. Tambahan pula, disebabkan pandemik , permintaan minyak mentah dijangka menurun sebanyak 25 juta tong sehari, lebih cepat menurun berbanding pengeluaran, menurut firma Energy Aspects. Oleh itu, situasi pengeluaran mengatasi permintaan masih wujud, dan harga petrol di stesen minyak juga kemungkinan masih menurun.

Tuduh-menuduh takkan selesaikan masalah

9 April 2020, 3:10 pm

Ambil contoh kalau korang pergi jalan² bercuti dengan memandu ke satu tempat yang pertama kali korang sampai pastu tersesat. Katakan dalam kereta ada 3 penumpang seorang pemandu, bila dah sesat atau kehabisan minyak, si penumpang salahkan pemandu tak research jalan awal² ataupun tak isi minyak penuh. Pemandu pula salahkan penumpang yg kerjanya hanya duduk, tidur, cakap², makan² tapi tak tolong tengok jalan atau tengok peta.