Pemandangan dari seberang Empangan Teluk Bahang
Nampak rendah paras air kat empangan ni.
Nampak rendah paras air kat empangan ni.
Tiap hari saya guna laluan ni sebab rumah sewa kat Paya Terubong. Dari lampu trafik ni, #jalan lurus terus sampai.
Guna sticker cermin #kereta jak lah 😅.
Pada pendapat saya, kalau kita nak tingkatkan adoption (penggunaan) kenderaan elektrik, kita kena mula kecil, dari #motosikal. Kalau terus² nak bawa #kereta elektrik seperti Tesla ke Malaysia, dengan harga level bos-bos, berapa kerat saja rakyat yang mampu miliki.
Kalau #jalan menuju ke #Sebuyau, akan dapat lihat beberapa tangki air untuk projek grid air Sarawak. Rumah² kat kampung sekitar dah pasang paip & meter, tapi air belum datang lagi.
Sejak mula pandemik tahun lalu, peniaga dari Indonesia tak dapat berniaga kat sini, sehingga sekarang, sempadan negara masih lagi tutup. Banyak gerai² di tepi #jalan di sini dah dipenuhi rumput & tumbuhan menjalar naik hingga ke atap. Kat tempat parking sini pun dah makin menebal rumputnya, dulu hanya nampak batu saja.
Cuaca yang panas sekarang, sekejap² hujan, jadi banyak kelekatu keluar menghurung lampu #jalan highway Kuching-Serian.
Jalan utama menuju ke #Santubong jem, kereta berbaris nak menuju ke sana. Jalan menerusi wetland (lingkaran Semariang) pun banyak kereta guna, biasanya kosong jak #jalan tu.
Petang tadi PM dah umum, barangsiapa yang dah lengkap vaksin, boleh rentas negeri ⁽¹⁾.
#KotaKinabalu skybridge ini merupakan jejantas panjang yang menyambungkan beberapa bangunan komersial di tengah bandaraya KK iaitu Oceanus Shopping Mall, Api-api Centre & Asia City. Sambungan ke Centre Point baru nak dibina tahun depan ⁽¹⁾.