Tercapai jugak hajat nak ke sini 😅

302045386_735903830909865_1003408977680743989_n.jpg

Isnin, 29 Ogos 2022, 7:55 pm193

Bertahun² diam kat Perak pastu kat Penang, banyak tempat belum sempat dilawati. Kali ni, ada kesempatan untuk pergi jauh, saya ambil peluang melawat menara condong Teluk Intan ini.

Bayar masuk RM2 seorang. Hanya 2 tingkat terbawah dibuka untuk lawatan umum. Tingkat selebihnya merupakan tangki air asal bangunan ini. Ada tangga untuk naik lagi ke atas, tapi ditutup.

Ya, tujuan asal menara ini dibina ialah sebagai tangki air, dan disebabkan berat air yang ditampung & tanah lembut di tapak bangunan, binaan ini menjadi condong.

Di dalamnya ada pameran sejarah tempat² di sekitar Teluk Intan dan Bagan Datok. Naik tingkat 1 dan 2, berjalan sekeliling, dapat rasa yang bangunan tu sedikit condong, ada rasa pening² sikit, nak tergolek 😆.

Di tingkat bawah ada ruang bawah tanah, seperti perigi, tapi kering. Tengok kat dalam perigi tu, banyak duit syiling & wang kertas seringgit dibuang kat dalam, ingat wishing well barangkali, banyak sangat duit lebih 🤣.

Ingatkan menara ini satu²nya bangunan yang tinggi & boleh dilihat dari jauh. Rupa²nya ia agak terselindung di sebalik deretan bangunan komersial di sekeliling. Boleh pulak terbayangkan ia macam menara condong Pisa di Itali 😂.

Time nak balik, kebetulan ada 3 ekor kat tepi jalan. Apa lagi, mestilah ambil gambar 😝.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/735903880909860/

Tulis komen: