Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Menutup ruang bukaan antara jernang dan dinding

Jumaat, 4 Oktober 2019, 5:30 pm0

① – Ruang antara jernang pintu dan rangka dinding terhasil daripada pelarasan kedudukan jernang supaya ia tegak. Ruang sebesar antara 0.5cm hingga 1.5cm mesti ditutup atau dikedap (seal) sebab tiada siapa mahukan dinding rumah yang berlubang dan dapat dilihat dari luar.

Saya menggunakan kayu plywood 12mm yang dipotong mengikut besar ruang tersebut sebagai kayu pengisi (shim). Saiz ruang kalau dilihat dari dalam dan luar adalah berbeza, jadi kayu pengisi hendaklah lebar dalam 2cm, tidak perlu sama lebar dengan ketebalan dinding dan jernang.

② – Saya menggunakan XTRASEAL Acrylic Latex Sealant Gap Filler untuk mengisi ruang lebihan dan juga melekatkan kayu pengisi pada ruang bukaan. Sealant jenis ini memang khas untuk kerja² mengisi ruang atau liang ini kerana ia cepat kering, mudah dikerjakan (tidak meleleh), dapat dicat atau diwarnakan dan juga kekal kenyal apabila kering, berbanding putty filler atau drywall mud (joint compound) yang mudah merekah.

③ – Bagi mengelakkan pintu dan dinding baru daripada cepat rosak disebabkan air, saya mengecat dengan menggunakan cat Dulux Inspire Exterior. Dalam gambar saya hanya sempat mengecat satu lapisan pada dinding dan dua lapisan pada pintu, sebaiknya nanti saya akan mengecat antara 2 ke 3 lapisan lagi untuk hasil yang lebih cantik dan lebih tahan.

Kena pilih cat yang betul, cat ini dikhaskan untuk luaran rumah (exterior paint), yang mana bahagian yang dicat akan terdedah dengan elemen cuaca (hujan, panas, angin, kelembapan) yang menyebabkan kerosakan kayu. Jika menggunakan cat dalaman rumah (interior), kemungkinan cat itu tidak kalis air dan mungkin akan terkupas selepas beberapa tahun.

Ikuti saya di Instagram, Facebook dan Twitter untuk mendapatkan pengumuman kandungan terbaru berkenaan pembinaan rumah kampung dan juga projek² sampingan saya.

Pin this image:

Tulis komen: