Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Kereta enjin turbo guna lebih banyak petrol, berbanding yang takda turbo?

wm_90356462_127846582118493_31636342555279360_n.jpg
wm_90158311_127846608785157_9142192142733541376_n.jpg
wm_90161178_127846652118486_5634601706252664832_n.jpg
wm_90091592_127846678785150_4592606515273138176_n.jpg

Sabtu, 21 Mac 2020, 9:20 am0

Pengeluar kenderaan utk rakyat marhaen, (bukan pengeluar premium atau mewah), memilih utk memasang enjin berturbo dengan tujuan untuk mengecilkan saiz enjin.

Enjin saiz kecil, contohnya 1.0L, 1.2L, menyebabkan cukai jalan yg dibayar oleh pengguna juga kecil. Ada point utk tarik pembeli.

Enjin saiz kecil, selain daripada sesaran yg kecil, ia juga lebih ringan, jadi penggunaan petrol juga lebih jimat. Lagi satu point utk buat pembeli tertarik nak membeli.

Enjin saiz kecil dengan pengecas , kuasa yg dihasilkan lebih kurang sama dgn enjin saiz besar. Pembeli tak perlu bayar lebih utk dapat kereta yg lebih power. Myvi pun dapat kejar Supra 😳.

Pendek kata, ia salah satu marketing strategi utk menarik pembeli.

Oleh itu, agak tidak adil untuk membandingkan penggunaan petrol bagi kereta yg saiz enjinnya sama, tapi salah satunya ada turbo.

Kalau banding Myvi 1.5L biasa dgn Myvi 1.5L bolt-on turbo, memang yg ada turbo akan guna lebih banyak petrol, sebab kuasa yg dikeluarkan mungkin boleh menyamai enjin 2.0L.

DI sini saya sertakan beberapa model kereta yg berlainan saiz enjin. Kereta yg mempunyai enjin yg lebih kecil dengan turbocharger (TC), dapat dilihat pengeluaran kuasanya (power output) adalah agak sama, malah ada yg lebih tinggi drpd enjin naturally aspirated (NA). Terdapat juga model enjin TC yg mempunyai kadar penggunaan petrol yg lebih rendah drpd enjin NA.

Gambar & info dari https://carbase.my & https://paultan.org

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/127846702118481/

Tulis komen: