Suruhanjaya Sekuriti menggantung shortselling di bursa saham
Selasa, 24 Mac 2020, 10:55 am0
Semalam saya ada membaca surat terbuka, berkenaan gesaan utk kerajaan mengambil tindakan terhadap aktiviti pelaburan di bursa #saham. Tak ingat siapa yg tulis tapi rasanya salah seorang ahli perniagaan yg berpengaruh.
Ini kerana, walaupun kebanyakan aktiviti bisnes telahpun dihentikan sementara, tapi aktiviti pelaburan di bursa saham masih lagi diteruskan.
Saya tak berapa fasih dgn bursa saham dan stock exchange, tapi sejauh yg saya faham, aktiviti pelaburan ini kebanyakannya dipengaruhi oleh spekulasi dan ramalan berkenaan aktiviti bisnes dan syarikat. Tapi semasa #MCO disebabkan #Covid19 sekarang ni, banyak syarikat yg menghentikan operasi, dan sudah pasti banyak ketidaktentuan yg berlaku yg akan mempengaruhi aktiviti pelaburan d bursa saham.
Oleh itu, saya rasa tindakan SC dan bursa menggantung jualan singkat ini adalah langkah yg positif utk mengekang pelabur daripada mengambil kesempatan di atas ketidaktentuan semasa.
Yang arif boleh tolong elaborate ? #ekonomi