Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Bila last time korang kena perintah berkurung macam MCO ni?

wm_91193345_129332541969897_4142312523233755136_n.jpg

Rabu, 25 Mac 2020, 10:20 am0

Bagi saya, tahun 1997. Waktu tu jerebu teruk kat seluruh Sarawak. API / IPU pernah naik sampai 900 lebih, lalu diisytiharkan darurat.

Seingat saya waktu tu pun semua tak boleh keluar, kecuali petugas kesihatan. Mungkin kakitangan awam atau pekerja² sektor tertentu yg masih boleh keluar bekerja, tp waktu tu masih sekolah rendah lagi, mana nak ambil tahu hal² ni 🤷🏻‍♂️.

Sekolah cuti seminggu, tapi hanya kena duduk rumah. Langsir sentiasa dipasang menutup tingkap, pastu kipas sentiasa pasang, supaya udara dalam rumah beredar. Nak jalan² kat luar pun tak nampak sekeliling. Semua kabus jerebu. Keluar rumah pun mesti pakai penutup hidung & mulut. Waktu tu kiranya semua mengikut perintah duduk rumah.

Kenapa perintah duduk rumah kali ini banyak yg tak ambil serius? Masih ramai yg senang-lenang keluar jalan². Kitorang yg betul² mengikut perintah ni lagi rasa takut² nak keluar.

Mungkin sebab mereka² ni tak nampak musuh yg sedang menyerang kat luar sana. Kalau waktu jerebu, boleh nampak asap jerebu 🌫, tebal pekat sampai rumah jiran tak nampak. Kalau waktu curfew (perintah berkurung) macam kat ESSZone atau zaman komunis 80an dulu, boleh nampak musuh kat luar pegang senapang nak tembak orang 🔫.

Tapi kali ni, musuh kita ialah virus 🦠. Tak nampak guna mata kasar, guna kanta pembesar pun tak nampak. Guna mikroskop khas baru nampak. Rupa dia bulat² ada duri² tumpul. Bagi orang yg tinggi level ignorantnya, otak diorang akan fikir, ‘benda bulat kecil ni je pun, apa nak takut’.

Yalah, kalau dah bebal, nak cakap apa pun tak masuk kan? Bagus juga polis pegi tahan, boleh rekrut diorang ni jadi tukang kuburkan mangsa .

Nota: Sarawak telah melaksanakan perintah berkurung dari jam 7 petang hingga 7 pagi bermula semalam. Barang siapa yg ditemui merayau², jaga²!

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/129332538636564/

Tulis komen: