Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

K-drama kat iflix macam makin disembunyikan

187436530_304888057747677_6685376379496728313_n.jpg
186498671_304888064414343_6627058258845223153_n.jpg

Ahad, 16 Mei 2021, 2:00 pm0

Dulu² waktu selalu tengok movie² keluar panggung kat TV, macam malam tadi ada Kuch² Hota Hai mesti ramai Gen-Y duduk depan TV 😆. Sekarang dah banyak streaming services, boleh tengok online saja, tak susah nak cari link download. Disebabkan raya PKP sekarang, saya layan Korea saja, lama dah tak tengok, yang latest pun rasanya Goblin 😅.

Nasib baik sekarang senang sikit nak cari drama untuk ditonton. Kat pun ada juga, tak perlu akaun VIP. Tapi satu benda saya perhati, sejak diambil alih oleh Tencent, semakin banyak kandungan dari China, dan kandungan Korea semakin ‘disembunyikan’.

Banyak filem² Korea yang saya tonton sejak mula PKP tahun lalu dah tak ada lagi ⁽¹⁾. Pastu drama yang baru² ni saya tonton pun bila search lagi, tak muncul kat result. Nasib baik sempat simpan link ke drama tersebut, kalau ada siapa² nak tengok jugak:

📌 The Heirs – https://www.iflix.com/play/bvmfpoewhkj0ggt/k0034lj2v3q
📌 Flower Boy Next Door – https://www.iflix.com/play/lfoj6huxwfp8w3u/g0035jctsuv

The Heirs dah habis layan, Flower Boy masih setengah jalan, tapi kedua² drama asyik membuatkan saya cakap dalam hati, ‘kesian Shin Hye~’ 😭.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2020/04/dah-ready-sumber-hiburan-untuk-mco-fasa-ke-3/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/304888094414340/

Tulis komen: