Resipi mi kari segera versi sihat walafiat
Khamis, 16 April 2020, 10:56 am0
Apa yang membuatkan mi ini ’sihat’ adalah saya mencampurkan mi maggi kari ini dengan beberapa bahan yang menambahkan khasiat, berbanding hanya #makan mi ini kosong.
- Potong sebiji kentang kecil² berbentuk kiub, supaya cepat kentang ini jadi lembut.
- Rebus kentang selama lebih kurang 6-8 minit.
Saya didihkan dulu air kat cerek elektrik utk jimatkan penggunaan gas memasak, pastu baru letak dlm periuk.
- Masukkan sayur cangkuk manis. Rebus lagi untuk 5 minit.
- Kemudian baru masukkan mi maggi. Rebuslah lagi 2 minit, kemudian toskan.
- Bubuh serbuk perasa maggi hanya 1/3 paket, supaya kurangkan kandungan sodium (natrium).
Sodium berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kalau korang ada rasa tegang kat tengkuk, pastu rasa pening sikit, mata berpinar², itu tanda tekanan darah naik. Kurangkan makan sodium (garam).
- Gaulkan mi, cangkuk manis dan kentang bersama serbuk perasa tadi sampai rata.
- Tambah telur rebus 2 biji, ambil semua bahagian putih telur, kuning telur pula ambil ½ biji saja, sebab bahagian ini tinggi kolesterol.
Putih telur mengandungi protein yg tinggi, membantu dalam pembinaan tisu otot, bagus utk mereka yg buat workout untuk membina otot.
Dalam #resipi ini, karbohidrat diperolehi dari mi dan kentang, sayur cangkuk manis membekalkan vitamin dan serat, dan protein dari telur rebus. Tanpa minyak dan kurang garam .
(Update) Saya buat resipi mi ni minggu lalu, gambar ke-3 tu saya buat semalam, guna 2 biji kentang & lebihan sayur cangkuk manis meal prep. Inilah saiz hidangan paling besar yg saya makan sepanjang #MCO yg dah masuk hari ke-30, banyak ni boleh simpan lagi untuk makan malam .