Juadah buka puasa hari terakhir Ramadan 1440H

  • 99431776_149000690003082_5407264513135214592_n.jpg
  • 101177348_149000673336417_2992670677128970240_n.jpg

Rabu, 27 Mei 2020, 6:50 pm

Juadah buka puasa hari terakhir Ramadan 1440H.

2 hari sebelum raya, saya rasa nak makanan bazaar Ramadan, jadi saya pergi cari makanan kat mana² gerai tepi jalan. Saya selalu memandu sekeliling kawasan Jalan FAC-Matang hingga Semariang, dan ada terjumpa beberapa gerai tepi jalan yang menjual juadah berbuka .

Kedai tersebut terletak di Jalan Tan Sri Abang Ikhwan, jalan antara Kampung Semariang hingga Kampung Semerah Padi, ada papan tanda Agrobazaar kat atas kedai. Mula² saya cuba mi kari dulu. Dari jauh nampak macam mi jawa, ada bungkus mi kuning dengan kuah, tapi penjual kata ini mi kari. Rasa dia saya bagi 8/10. Kuah tak berapa pedas, cukup rasa manis, masin dan sedikit rasa lemak. Saya asingkan cili, pastu tak hirup kuah mi ni, sebab tak dapat makan pedas sangat sekarang, nanti gastrik lagi.

Hari last puasa saya beli kuetiau goreng dan nasi ayam. Kuetiau goreng dia saya bagi dalam 7/10. Bagi yang biasa makan masin, mungkin kuetiau ni kurang sedap sebab kurang masin. Bagi saya, cukup rasa, dan tak pedas. Nasi ayam pula 8/10. Ayam dia cukup masak, cukup rasa, saya bubuh sedikit saja sos cili, dan ada juga sedikit sayur, rasanya acar sayur campur isi labu. Cuma saya panaskan balik nasi tu dengan microwave oven, menyebabkan nasi dia jadi keras sikit.

Tahun depan nak cuba lagi menu² lain, termasuk gerai² lain yang banyak merata di dalam kampung² di Kuching.

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: