Kalau takda Prego, boleh guna apa² bahan perasa lain untuk ditambah pada pasta

Sabtu, 9 Mei 2020, 5:35 pm
Di sini saya gunakan serbuk nasi goreng cina Adabi, kebetulan ada lebihan.
Pasta jenis angelhair ni rebus dulu dalam 5-6 minit, tak perlu lama sebab angelhair lebih nipis daripada spageti, cepat lembut. Lepas tu toskan, dan terus gaulkan dengan serbuk perasa, siap. Pastu tambahlah apa² lauk atau sayur seperti tomato ceri dan telur rebus macam dalam gambar.
Inilah hidangan buka puasa saya semalam. #makan pasta, minum milo suam. #puasa hari ke-16, #MCO hari ke-53.