Jalan² tengok matahari terbenam atas Jambatan Sungai Santubong kat Jalan Bako
Khamis, 4 Jun 2020, 2:05 pm0
Pemandangan ini dapat dilihat melalui #jalan arah dari Demak Laut ke Demak Jaya. Tempat ini menjadi salah satu hotspot untuk kaki pancing. Sambil tangkap ikan sambil tengok matahari terbenam & beri makan nyamuk .
Dalam gambar kalau nampak motosikal yang berhenti tu salah satu daripada banyak lagi #kereta & hilux yg berhenti di tepi jambatan. Selepas jambatan terdapat bahagian jalan lurus yang panjang, banyak yang suka memecut di sini, tapi jaga² ada speed trap.
Geng #basikal pula selalu saya perhati mereka mengayuh di jalan dari arah bertentangan, mungkin mereka meletak kenderaan di kawasan stadium pastu berbasikal sepanjang jalan ini hingga ke simpang Demak Laut sebelum berpatah balik ke stadium .