Jalan² tengok matahari terbenam kat Tasik Biru, Bau, sekali lagi

166901394_276055293964287_8657920638446181319_n.jpg

Isnin, 29 Mac 2021, 2:30 pm740

Hari dah nak masuk malam, masih ada jugak yang main bot kayuh kat tasik, belum lagi yang main bot berenjin seperti dalam gambar, pusing² tasik habiskan petrol 😅.

Kat tepi kedai makan ada orang buat ‘konsert’. Ada kumpulan band bawa lagu live, menyanyi lagu campur² dari lagu English, lagu Melayu hingga lagu Iban. Bunyi macam orang palau berlagu pun ada, habis semua jin hantu setan yang diam kat tasik lari tak tahan dengar 😆.

Tapi tengok kedai makan sini hanya ada nampak beer garden jak, tak pasti kalau ada kedai makanan halal kat sana 🤔.

https://azwan082.my/2021/03/jalan%c2%b2-tengok-matahari-terbenam-kat-tasik-biru-bau/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/276055317297618/

Tulis komen: