Melawat Jambatan Victoria kat Kuala Kangsar

Khamis, 21 September 2023, 10:40 pm0

23B6317A-0028-4E9F-8680-3C4D2D6F5475.jpeg
Lepas camping kat Taman Herba ⁽¹⁾, sebelum balik Penang, singgah tempat bersejarah dulu.

Jambatan Victoria atau dikenali juga sebagai Jambatan Enggor mula dibina oleh State Railway pada April 1897. Pembinaannya dilakukan oleh jurutera British dengan tenaga kerja kira² 500 orang penduduk tempatan dan buruh dari India. Ekoran dua kali banjir besar yang berlaku telah menjejaskan kerja pembinaan jambatan ini. Setelah 28 bulan dibina, jambatan keretapi sepanjang 308 meter ini siap dibina dan dirasmikan oleh Sultan Idris Murshidul Azzam Shah (1887-1916), Sultan Perak ke-28 pada 21 Mac 1900. Jambatan keretapi yang terindah di timur jauh ini dinamakan sempena nama Ratu Victoria, pemerintah Empayar British.

37CDED24-2EED-4849-8BB2-287932D876D4.jpeg
Banyak bas pelancong menyinggah kat masuk.

Semasa Perang Dunia Kedua (1941-1945), Jambatan Victoria merupakan salah satu lokasi yang strategik. Tentera Jepun iaitu Rejimen Infantri ke-42 daripada Divisyen ke-5 pimpinan Kolonel Ando yang mendarat di Patani, Thailand pada 8 Disember 1941 meneruskan kemaraan ke Kuala Kangsar menerusi Kroh, Perak. Matlamat utama mereka adalah menawan jambatan² di Sungai Perak iaitu Jambatan Victoria & Jambatan Iskandar. Bagi menyekat kemaraan tentera Jepun itu, tentera British iaitu Batalion ke-2 Argyll & Sutherland Highlanders daripada Briged India ke-12 digerakkan ke jalan Lenggong-Gerik. Pertempuran meletus antara tentera British dan Jepun di sekitar Kota Tampan, Lenggong pada 20 hingga 22 Disember 1941. Oleh kerana bimbang akan penyusupan tentera Jepun melalui Sungai Perak ke Sungai Siput Utara, tentera British akhirnya mengambil keputusan untuk berundur ke Kampar.

C11DF216-6B7E-41A0-A854-E25DBDEA93EE.jpeg
Ada tempat parking umum, kedai makan & kedai sewa basikal berdekatan sini. Kat hujung jambatan inilah Husin & orang kampung Pisang berkumpul untuk melawan zomba 🧟‍♂️.

Sementara itu, Batalion 5/14 Punjab ditugaskan untuk mempertahankan Jambatan Victoria dan Jambatan Iskandar sebelum ia diletupkan dan batalion tersebut berundur ke Chemor. Pada malam 22/23 Disember 1941, kedua-dua jambatan ini diletupkan oleh pasukan tentera jurutera British. Akibatnya, beberapa bahagian Jambatan Victoria ini rosak teruk tetapi tentera Jepun dari Batalion ke-4 Imperial Guard berjaya menyeberanginya menggunakan pantoon pada 26 Disember 1941.

28977775-1642-4A41-AFAB-4BCFEE36AB86.jpeg
Tahan jugak kayu yang digunakan sebagai tapak landasan ni.

Setelah kejatuhan Singapura pada 15 Februari 1942, Jambatan Victoria dan Jambatan Iskandar diperbaiki semula oleh tentera Jepun. Mereka mengupah penduduk tempatan sebanyak 55 sen sehari untuk menjalankan kerja² tersebut dan bahan binaan diperoleh daripada pokok² di kawasan sekitar. Kerja² membaiki jambatan ini mengambil masa selama enam bulan.

32B58606-82B9-4DC4-ADE4-308CF09AA487.jpeg
Penduduk setempat masih gunakan jambatan untuk melintas sungai menggunakan motosikal.

Kepentingan Jambatan Victoria terbukti penting sekali lagi semasa era Darurat (1948-1960) dan Insurgensi Komunis (1968-1989). Dua buah kubu pos kawalan dan sebuah bunker berek tentera dibina untuk mengawal keselamatan jambatan ini. Pada tahun 2002, Jambatan Victoria tidak lagi digunakan apabila jambatan keretapi baharu dibina di bersebelahannya.

231A1D27-AC47-4A94-BD64-F7A3CBD85335.jpeg
Sebahagian saja landasan keretapi di atas jambatan dibuka, selebihnya ditutup dengan hanya tali police line.

Terdapat beberapa bahagian jambatan yang terbuka tanpa ada penghadang (anak panah kuning). Bagi saya ia berbahaya sebab sangat berisiko untuk jatuh jambatan.

5FB699CB-2A91-437D-BAB0-A10BC05BB645.jpeg
Ada waterfront kat sebelah bertentangan Jambatan Victoria.

Di sini bermulanya laluan sepanjang Sungai Perak sejauh 25km, melintasi Kg Keranji, Kg Jawang, Jeti Batu Mat Sepat, Kg Bekut & berakhir di Kg Raja Intan Suraya.

79FE124C-3C35-4D55-B867-7BA5938278DD.jpeg
Ada bangunan macam muzium kat tepi jambatan ni, nampak macam belum buka lagi cafe tu. Ataupun mungkin tutup hari Ahad.
B3A03ACA-D42E-44F8-B27C-FC52C4040637.jpeg
Ini unik, ada Milo, bukan van Milo, kereta klasik lagi tu, tapi tak tahu model apa 😅.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2023/09/camping-dalam-hujan-kat-the-treasure-taman-herba-gopeng-utp-homecoming-2023/

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/983297209503858/

Pingback: Taman Dinosaur UTP + Kinta Riverfront

Tulis komen: