Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Jalan² tengok matahari terbenam atas Jambatan Sungai Santubong kat Jalan Bako

101721279_150976313138853_2152467738503675904_n.jpg

Khamis, 4 Jun 2020, 2:05 pm0

Pemandangan ini dapat dilihat melalui arah dari Demak Laut ke Demak Jaya. Tempat ini menjadi salah satu hotspot untuk kaki pancing. Sambil tangkap ikan sambil tengok matahari terbenam & beri makan nyamuk 🦟.

Dalam gambar kalau nampak motosikal yang berhenti tu salah satu daripada banyak lagi & hilux yg berhenti di tepi jambatan. Selepas jambatan terdapat bahagian jalan lurus yang panjang, banyak yang suka memecut di sini, tapi jaga² ada speed trap.

Geng pula selalu saya perhati mereka mengayuh di jalan dari arah bertentangan, mungkin mereka meletak kenderaan di kawasan stadium pastu berbasikal sepanjang jalan ini hingga ke simpang Demak Laut sebelum berpatah balik ke stadium 🚲 .

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/150976309805520/

Tulis komen: