Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Hari ni di Twitter kecoh beberapa akaun orang / entiti ternama kena ceroboh

109532837_162499121986572_6697482312056343527_n.jpg

Khamis, 16 Julai 2020, 6:10 pm0

Hari ni di Twitter kecoh beberapa akaun orang / entiti ternama kena ceroboh .

Dan mereka menghantar ciapan tipu kononnya mereka nak beri ‘zakat’ bak kata Abdul Wahub dalam 3 Abdul.

Antara akaun yang kena hack termasuk Joe Biden, Jeff Bezos, akaun rasmi , Bill Gates, Warren Buffett, Kanye West, Kim Kardashian, Uber, Wiz Khalifa, Floyd Mayweather dan banyak lagi ⁽¹⁾.

Antara contoh ciapan tipu yang hacker hantar adalah seperti ‘Saya ingin menyumbang kembali kepada masyarakat. Hantar bitcoin ke alamat yg tertera dan saya akan beri balik 2 kali ganda’. Dah macam bunyi tuan penasihat Sadiq Segaraga.

Buat masa sekarang, Twitter hanya menyekat akaun² yang telah digodam ini daripada membuat hantaran.

Setakat ini, belum diketahui siapa punya angkara, tapi Twitter mendapati terdapat kerja² social engineering terhadap pekerja Twitter ⁽²⁾ untuk mendapatkan akses kepada peralatan dalaman untuk pentadbiran sistem (internal tools for system administration) Twitter ⁽³⁾.

Social engineering ni lebih kurang macam kerja ejen MLM dan money game nak bagi orang lain percaya yang dia buat kerja baik, betul dan kononnya nak tolong orang, tapi di belakang dia hack akaun² Twitter.

Kepada pengguna Twitter, hati², jangan mudah sangat percaya bila ada janji yang tak munasabah macam ni.

⁽¹⁾ https://www.businessinsider.com/twitter-hack-what-we-know-about-whats-going-on-2020-7
⁽²⁾ https://www.wired.com/story/twitter-hacking-musk-obama-apple-biden-kanye/
⁽³⁾ https://www.cnet.com/news/twitter-says-hackers-got-access-to-internal-tools-for-hijacking-spree/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/162499118653239/

Tulis komen: